гороскоп на дева сегодня от павла глоба гороскоп павла глобы на 2017 год по знакам нумерология 9 жизненный путь нумерология число года 3 гороскоп на завтра совместимости знаков зодиака

berita semasa

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TPQ MAJLIS UGAMA ISLAM PAHANG

Tadika Pintar Al-Quran (TPQ) Indera Mahkota dan Batu 3, Kuantan Majlis Ugama Islam Pahang bekerjasama menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2017 bagi meraikan pelajar-pelajar enam tahun yang bakal menamatkan pembelajaran di peringkat prasekolah untuk meneruskan pelajaran peringkat rendah dalam darjah 1 pada tahun hadapan. Pelajar yang terpilih menerima anugerah kecemerlangan dinilai berdasarkan peningkatan dan kemajuan pelajar dalam akdemik dan ilmiah dianugerahkan kepada Amna Darwisha binti Aminidzam (TPQ Indera Mahkota) dan Nur Iman Damiya binti Mohd Yusni (TPQ Batu 3).

Baca lagi...

TAKLIMAT BANTUAN ZAKAT DAN SLOT BERSAMA PKZ

Cetak

29 September 2016, satu Taklimat Bantuan Zakat dan Slot Bersama PKZ telah diadakan di Dewan Seminar Utama Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Raub. Program berlangsung bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang itu  telah melibatkan seramai 67 orang terdiri daripada Penghulu-penghulu Mukim Raub, Ketua-ketua kampung serta Pengerusi-pengerusi Masjid Qariah Daerah Raub.

Taklimat bermula dengan dengan peranan MUIP dalam Negeri Pahang dan seterusnya menerangkan bantuan-bantuan zakat yang disediakan oleh MUIP kepada golongan asnaf khususnya di Daerah Raub. Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Hazwan Hafiz bin Abdul Jalil  selaku Pegawai MUIP Cawangan Raub.

Sejurus itu, program diteruskan dengan slot bersama Pusat Kutipan Zakat Cawangan Raub yang telah disampaikan oleh Yang berbahagia Tuan Mohd Zaisam bin Zainal selaku Pengurus PKZ Zon Barat. Beliau telah menerangkan kaedah-kaedah kutipan zakat dan agihan semasa secara am di Negeri Pahang Darul Makmur. Program Taklimat ini banyak memberi manfaat dan banyak isu-isu yang perlu diselesaikan oleh pihak MUIP Raub bersama pemimpin-pemimpin setempat. Semoga program seumpama ini dapat digandakan lagi bagi memperkemaskan lagi agihan zakat di Negeri Pahang. 

 

Hazwan Hafiz Abdul Jalil

Pegawai MUIP Raub

Hit: 240

Perkhidmatan Online

Penerbitan

Hubungi Kami :

  Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

  Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah,

  Jalan Istana Permai,

  26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.

  Tel : 6+09 4221311 Fax : 6+09 4221885

  e-mail: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Agihan Zakat Januari Sehingga September 2017 berjumlah:

RM 119.9 JUTA