гороскоп на дева сегодня от павла глоба гороскоп павла глобы на 2017 год по знакам нумерология 9 жизненный путь нумерология число года 3 гороскоп на завтра совместимости знаков зодиака

berita semasa

IJTIMAK MAAHAD TAHFIZ PERINGKAT ZON TIMUR & ZON TENGAH PAHANG

KUANTAN. 12 Disember 2017 bersamaan 23 Rabiulawal 1439H – Hari ini telah berlangsung Program Ijtimak Pentadbir-Pentadbir Maahad Tahfiz dan Pondok bagi Zon Timur/Zon Tengah bertempat di Dewan Perdana, Hotel Grand DarulMakmur. Majlis perasmian penutupan oleh YDH Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang, Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan.

Baca lagi...

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TPQ MAJLIS UGAMA ISLAM PAHANG

Cetak
Kategori: Berita Semasa

Tadika Pintar Al-Quran (TPQ) Indera Mahkota dan Batu 3, Kuantan Majlis Ugama Islam Pahang bekerjasama menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2017 bagi meraikan pelajar-pelajar enam tahun yang bakal menamatkan pembelajaran di peringkat prasekolah untuk meneruskan pelajaran peringkat rendah dalam darjah 1 pada tahun hadapan. Pelajar yang terpilih menerima anugerah kecemerlangan dinilai berdasarkan peningkatan dan kemajuan pelajar dalam akdemik dan ilmiah dianugerahkan kepada Amna Darwisha binti Aminidzam (TPQ Indera Mahkota) dan Nur Iman Damiya binti Mohd Yusni (TPQ Batu 3).

Pembelajaran di TPQ MUIP mengutamakan Pendidikan Islam serta penekanan bacaan Iqra’ dan Al-Quran sebagai teras utama pendidikan dengan hasrat dapat melahirkan generasi celik Al-Quran dan menguasai asas agama serta turut diajar mata pelajaran akademik iaitu Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Terdapat 30 orang pelajar 6 tahun di TPQ Indera Mahkota dengan diketuai oleh Guru Besar, Puan Rosnizah binti Abdul Rahman manakala Guru Besar  TPQ Batu 3 adalah Puan Ain Sufia binti Mohd Ghazali yang mempunyai seramai 24 orang pelajar 6 tahun. Kedua-dua TPQ tersebut masing-masing dibimbing oleh 9 orang guru iaitu 3 orang guru akademik, 3 orang guru Al-Quran dan 3 pembantu pengurusan murid)

Hit: 182

Perkhidmatan Online

Penerbitan

Hubungi Kami :

  Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

  Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah,

  Jalan Istana Permai,

  26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.

  Tel : 6+09 4221311 Fax : 6+09 4221885

  e-mail: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Agihan Zakat Januari Sehingga September 2017 berjumlah:

RM 119.9 JUTA