гороскоп любви женщина водолей на сегодня гороскоп совместимость с другими зодиаками любовный гороскоп на сегодня стрельцы женщины нажмите чтобы узнать больше гороскоп 2017

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TPQ MAJLIS UGAMA ISLAM PAHANG

Kategori: Berita Semasa

Tadika Pintar Al-Quran (TPQ) Indera Mahkota dan Batu 3, Kuantan Majlis Ugama Islam Pahang bekerjasama menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2017 bagi meraikan pelajar-pelajar enam tahun yang bakal menamatkan pembelajaran di peringkat prasekolah untuk meneruskan pelajaran peringkat rendah dalam darjah 1 pada tahun hadapan. Pelajar yang terpilih menerima anugerah kecemerlangan dinilai berdasarkan peningkatan dan kemajuan pelajar dalam akdemik dan ilmiah dianugerahkan kepada Amna Darwisha binti Aminidzam (TPQ Indera Mahkota) dan Nur Iman Damiya binti Mohd Yusni (TPQ Batu 3).

Pembelajaran di TPQ MUIP mengutamakan Pendidikan Islam serta penekanan bacaan Iqra’ dan Al-Quran sebagai teras utama pendidikan dengan hasrat dapat melahirkan generasi celik Al-Quran dan menguasai asas agama serta turut diajar mata pelajaran akademik iaitu Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Terdapat 30 orang pelajar 6 tahun di TPQ Indera Mahkota dengan diketuai oleh Guru Besar, Puan Rosnizah binti Abdul Rahman manakala Guru Besar  TPQ Batu 3 adalah Puan Ain Sufia binti Mohd Ghazali yang mempunyai seramai 24 orang pelajar 6 tahun. Kedua-dua TPQ tersebut masing-masing dibimbing oleh 9 orang guru iaitu 3 orang guru akademik, 3 orang guru Al-Quran dan 3 pembantu pengurusan murid)

Hit: 1252