гороскоп на дева сегодня от павла глоба гороскоп павла глобы на 2017 год по знакам нумерология 9 жизненный путь нумерология число года 3 гороскоп на завтра совместимости знаков зодиака

berita semasa

IJTIMAK MAAHAD TAHFIZ PERINGKAT ZON TIMUR & ZON TENGAH PAHANG

KUANTAN. 12 Disember 2017 bersamaan 23 Rabiulawal 1439H – Hari ini telah berlangsung Program Ijtimak Pentadbir-Pentadbir Maahad Tahfiz dan Pondok bagi Zon Timur/Zon Tengah bertempat di Dewan Perdana, Hotel Grand DarulMakmur. Majlis perasmian penutupan oleh YDH Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang, Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan.

Baca lagi...

IJTIMAK MAAHAD TAHFIZ PERINGKAT ZON TIMUR & ZON TENGAH PAHANG

Cetak
Kategori: Berita Semasa

KUANTAN. 12 Disember 2017 bersamaan 23 Rabiulawal 1439H – Hari ini telah berlangsung Program Ijtimak Pentadbir-Pentadbir Maahad Tahfiz dan Pondok bagi Zon Timur/Zon Tengah bertempat di Dewan Perdana, Hotel Grand DarulMakmur. Majlis perasmian penutupan oleh YDH Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang, Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan.

Program pada hari ini melibatkan kehadiran seramai 122 orang daripada 66 buah maahad tahfiz meliputi daerah Pekan, Kuantan, Chenor, Maran, Temerloh, Bera, Rompin dan Muadzam Shah dengan penyampaian taklimat berkenaan perkara-perkara iaitu :-

Slot 1 :

  • Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Sekolah-sekolah Ugama Negeri Pahang 1985 oleh YBhg. Puan Norazlina binti Yaakob, Pegawai Undang-Undang Majlis Ugama Islam Pahang.
  • Panduan Pendaftaran Sekolah Agama Islam Bukan Milik Kerajaan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Ali bin Mat Dasir, Pegawai Zakat Kanan Majlis Ugama Islam Pahang.
  • Prosedur Proses Permohonan Pas Lawatan Ikhtisas Guru-guru Agama dan Pelajar Agama oleh YBhg. Ustaz Lebai bin Idris, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang.
  • Garis Panduan Wakaf Negeri Pahang oleh YBhg. Encik Izhar bin Ahmad, Pegawai Ehwal Ekonomi Kanan Majlis Ugama Islam Pahang.

Slot 2 :

  • Garis Panduan Keselamatan dan Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Slot 3 :

  • Garis Panduan Keselamatan oleh Majlis Perbandaran Kuantan.

Slot 4 :

  • Keselamatan dan Kualiti Makanan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.
  • Hak-hak Asasi Manusia oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

Slot 5 :

  • Halatuju dan Pembangunan Akademik Tahfiz oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
  • Taklimat Program Baik Pulih dan Senggaraan Pendawaian oleh GIATMARA. Kejayaan penganjuran program ini hasil kerjasama pihak Majlis Ugama Islam Pahang bersama-sama Jabatan Mufti Negeri Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pendidikan Pahang, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Majlis Perbandaran Kuantan, Tenaga Nasional Berhad dan GIATMARA.

Hit: 286

Perkhidmatan Online

Penerbitan

Hubungi Kami :

  Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

  Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah,

  Jalan Istana Permai,

  26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.

  Tel : 6+09 4221311 Fax : 6+09 4221885

  e-mail: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Agihan Zakat Januari Sehingga September 2017 berjumlah:

RM 119.9 JUTA