гороскоп на дева сегодня от павла глоба гороскоп павла глобы на 2017 год по знакам нумерология 9 жизненный путь нумерология число года 3 гороскоп на завтра совместимости знаков зодиака

berita semasa

ZAKAT LAHIR USAHAWAN ASNAF BERJAYA

KUANTAN. 12 Oktober 2018 Bersamaan 3 Safar 1440 Hijrah - Kutipan zakat yang dilakukan di negeri ini bukan hanya melambangkan keadilan pengagihan kekayaan yang telah Allah rencanakan malah membantu asnaf keluar dari kepompong kemiskinan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bertitah, bukan sekadar menghulur bantuan tetapi program pembangunan usahawan asnaf fakir dan miskin turut menyaksikan bantuan modal, latihan serta peralatan.

Baca lagi...

ZAKAT LAHIR USAHAWAN ASNAF BERJAYA

Cetak
Kategori: Berita Semasa

KUANTAN. 12 Oktober 2018 Bersamaan 3 Safar 1440 Hijrah - Kutipan zakat yang dilakukan di negeri ini bukan hanya melambangkan keadilan pengagihan kekayaan yang telah Allah rencanakan malah membantu asnaf keluar dari kepompong kemiskinan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bertitah, bukan sekadar menghulur bantuan tetapi program pembangunan usahawan asnaf fakir dan miskin turut menyaksikan bantuan modal, latihan serta peralatan.

 

"Ia (menjadi usahawan) jalan keluar untuk mereka tidak lagi tergolong dalam kategori asnaf, fakir dan miskin. Buktinya, sehingga kini seramai 245 orang asnaf sedang mengikuti latihan pelbagai bidang perniagaan.

"Saya juga sangat berbesar hati dengan kesudian Dewan Perniagaan Melayu Pahang menjadi mentor kepada usahawan asnaf dan amat berharap kepada golongan asnaf merebut peluang yang ada demi masa depan lebih cemerlang," titah baginda.

Titah baginda telah dibacakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang hadir merasmikan Karnival Usahawan Asnaf Negeri Pahang 2018 di Dataran Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan dan isteri, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri bin Ngah yang mewakili Menteri Besar, Yang DiPertuan Dewan Undangan Negeri Pahang, Dato' Sri Haji Ishak Mohammad, Sahibus Samahah Mufti Pahang, Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman Haji Osman dan YAA Hakim Mahkamah Syariah, Dato' Sri Haji Abdul Rahman Mohd Yunos.

Sementara itu, baginda bertitah karnival berkenaan dapat dianjurkan hasil daripda kutipan zakat dan berpandukan kepada prinsip agihan zakat yang diamalkan, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menyediakan sebanyak 44 jenis bantuan zakat yang disalurkan melalui lima program.

"Melalui program tersebut, sejumlah RM134 juta ringgit telah diagihkan pada tahun 2016 dan RM149 juta ringgit pada tahun 2017.

"Saya berharap agar seluruh umat Islam terutamanya di negeri ini menunaikan zakat melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) yang disediakan.

"Zakat yang ditunaikan bukan hanya memberi manfaat kepada asnaf yang berhak, tetapi juga boleh menjana ekonomi umat Islam," titah baginda.

Turut hadir memuliakan keberangkatan Tengku Puan Pahang ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abd Rahim bin Muda.

Tengku Puan Pahang turut mengampuni limpah perkenan berangkat menemui peniaga-peniaga di gerai asnaf sebaik baginda menyempurnakan perasmian.

Baginda mengambil masa kira-kira satu jam beramah mesra dengan peniaga-peniaga termasuk merasai dan membeli beberapa jenis kuih-muih yang dijual oleh usahawan asnaf.

Hit: 935

Perkhidmatan Online

Penerbitan

Hubungi Kami :

  Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

  Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah,

  Jalan Istana Permai,

  26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.

  Tel : 6+09 4221311 Fax : 6+09 4221885

  e-mail: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Agihan Zakat Januari Sehingga Jun 2018 berjumlah:

RM 82.0 JUTA