гороскоп на дева сегодня от павла глоба гороскоп павла глобы на 2017 год по знакам нумерология 9 жизненный путь нумерология число года 3 гороскоп на завтра совместимости знаков зодиака

berita semasa

MAJLIS UGAMA ISLAM PAHANG SALUR BANTUAN MENDEPANI PANDEMIK COVID-19

PEKAN. 21 Mac 2020 Bersamaan 26 Rejab 1441 Hijrah - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang memperuntukkan sumbangan bantuan bagi menangani wabak COVID-19 kepada golongan asnaf fakir dan miskin, keluarga pesakit yang terlibat serta pihak hospital yang mengendalikan pesakit COVID-19 ini.

Baca lagi...

MAJLIS UGAMA ISLAM PAHANG SALUR BANTUAN MENDEPANI PANDEMIK COVID-19

Cetak
Kategori: Berita Semasa

PEKAN. 21 Mac 2020 Bersamaan 26 Rejab 1441 Hijrah - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang memperuntukkan sumbangan bantuan bagi menangani wabak COVID-19 kepada golongan asnaf fakir dan miskin, keluarga pesakit yang terlibat serta pihak hospital yang mengendalikan pesakit COVID-19 ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mengumumkan sumbangan bantuan ini menerusi kenyataan media seperti berikut :

Bantuan berjumlah RM250,000.00 kepada kerajaan negeri bagi membantu pihak-pihak tertentu yang memerlukan bantuan untuk mendepani isu wabak ini.

Tambahan sebanyak RM200.00 kepada 3,030 orang penerima bantuan be zakat - (akan terus dimasukkan ke dalam akaun).

Tambahan sebanyak RM200.00 kepada 9,664 orang penerima bantuan tahunan zakat - (akan terus dimasukkan ke dalam akaun).

Sumbangan 20 set alat bantuan pernafasan (mesin tabung oksigen) kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan Hospital Kuala Lipis.

Bantuan Khas kepada keluarga pesakit COVID-19 berjumlah RM1,000.00 di Negeri Pahang.

Sumbangan peralatan screening kepada ketiga-tiga hospital yang dinyatakan tadi.

Baginda turut menyeru kepada semua GLC, Badan Korporat, NGO dan individu yang berkemampuan untuk bersama-sama menyumbang kepada Tabung Amal COVID-19 yang diwujudkan oleh kerajaan negeri.

Wabak jangkitan COVID-19 di Malaysia yang meningkat dari hari ke hari, justeru itu YAB Perdana Menteri mengumumkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac bagi tujuan membendung penularan COVID-19 ini.

#asnafzakat
#zakatpahang

Hit: 7375

Perkhidmatan Online

Penerbitan

Hubungi Kami :

  Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

  Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah,

  Jalan Istana Permai,

  26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.

  Tel : 6+09 4221311 Fax : 6+09 4221885

  e-mail: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Agihan Zakat Januari Sehingga Ogos 2019 berjumlah:

RM 101.1 JUTA