how to spy on girlfriends blackberry camera surveillance pour iphone 5 cell phone monitoring software video editing mobile spy info center just click for source
Cetak

PUNCA KUASA PENUBUHAN MAJLIS

(1) Asas Penubuhan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Fasal (1) Perkara 24 Bahagian 1 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Raja Pemerintah Ketua Ugama Negeri

24. (1) Ketua Ugama Negeri hendaklah Raja Pemerintah dan Raja Pemerintah,dari satu masa ke satu masa,bolehlah mengeluarkan perintah supaya diadakan lagi apa-apa undang-undang sebagaimana yang patut pada timbangan baginda bagi maksud mengatur hal ehwal  agama dan bagi menubuhkan sebuah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu yang akan digelar dalam bahasa Inggeris “Council of Religion and Malay Custom” bagi menolong dan menasihatkan Raja Pemerintah dalam semua perkara mengenai Ugama Negeri dan Adat Resam Melayu.

(2) Penubuhan dan Pemerbadanan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Seksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991.

4. (1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang kekal turun-menurun dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan,tertakluk kepada dan bagi maksud Enakmen ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperolehi,membeli,mengambil,memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindah hak,menyerah hak,menyerah balik,memulangkan,menggadai,menggadai janji,mendemis,menyerah hak semula,memindah milik atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Majlis mengikut apa-apa syarat yang Majlis fikirkan patut.

 

FUNGSI PENUBUHAN MAJLIS

Fasal (1) Perkara 24 Bahagian 1 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang

Seksyen 5 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991.

5          (1) Majlis hendaklah membantu dan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam dan adat resam Melayu,kecuali perkara yang berkaitan dengan Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan,setakat yang mengenai Negeri Pahang,dan dalam semua perkara tersebut hendaklah menjadi pihak berkuasa utama dalam Negeri  Pahang selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini atau mana-mana Enakmen yang berhubungan dengan agama Islam.

(2) Pada melaksanakan fungsinya,Majlis hendaklah mempunyai kuasa membincangkan dan menjalankan semua aktiviti berkaitan dengan pembangunan agama Islam dan Adat resam Melayu.

(3) Pada melaksanakan fungsinya,Majlis boleh menubuhkan atau menggalakkan penubuhan syarikat sama ada bersendirian atau bersekutu dengan badan atau orang lain dan boleh memberi   bantuan kewangan kepada syarikat itu.

(4) Majlis boleh membeli,underait,atau memperolehi secara lain apa-apa saham atau syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian yang mana perniagaannya adalah pada pendapat Majlis tidak bercanggah dengan prinsip Islam.

Hubungi Kami :

  Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

  Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah,

  Jalan Istana Permai,

  26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.

  Tel : 6+09 4221311 Fax : 6+09 4221885

  e-mail: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Agihan Zakat Januari Sehingga Jun 2017 berjumlah:

RM 78.3 JUTA