гороскоп на дева сегодня от павла глоба гороскоп павла глобы на 2017 год по знакам нумерология 9 жизненный путь нумерология число года 3 гороскоп на завтра совместимости знаков зодиака

Cetak

 

PENGENALAN

Kompleks Asnaf MUIP dibangunkan di atas sebidang tanah wakaf seluas 3.4 ekar di Kampung Pahang, Kuantan dengan kos pembinaan berjumlah RM3.5 juta.

Sejak beroperasi pada Oktober 2010, Kompleks Asnaf MUIP telah memberi perlindungan kepada hampir 60 orang penghuni yang terdiri daripada asnaf fakir, miskin, muallaf, riqab dan fisabilillah. Bertepatan dengan tujuan asal penubuhannya, sehingga kini seramai 25 orang penghuni warga emas elah ditempatkan secara tetap di kompleks ini. Namun begitu, kedapatan beberapa orang penghuni telah dikembalikan kepada keluarga masing-masing berikutan kehilangan keupayaan mengurus diri serta ingin berdikari juga penghuni yang telah meninggal dunia. Manakala, terdapat juga penghuni masuk secara sementara seperti muallaf muda yang berkeupayaan untuk berkerja serta ibu tunggal.

Bermula Jun 2011, Kompleks Asnaf MUIP memberi perlindungan sementara kepada remaja-remaja hamil kerana terlanjur  yang datang secara sukarela. Sehingga akhir tahun 2011, seramai 5 orang remaja telah diberi perlindungan tempat tinggal, bimbingan agama dan kaunseling serta latihan kemahiran yang bersesuaian. Kesemua remaja ini dibebaskan selepas tamat tempoh berpantang kembali kepada keluarga masing-masing.

Selain itu, penghuni-penghuni muallaf yang masih muda diberi penempatan secara sementara sehingga mereka dapat berdikari dan berpeluang untuk bekerja atau menyambung pelajaran. Pada akhir tahun 2011, pihak kompleks telah menghantar seorang penghuni muallaf untuk mendalami ilmu Agama Islam di Institut Dakwah Islamiah PERKIM, Kelantan dan telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam peperiksaan yang telah dijalaninya.

Pelbagai aktiviti dirancang untuk penghuni-penghuni Kompleks Asnaf MUIP. Selain rutin harian bersolat berjemaah dan mengaji, penghuni juga digalakkan terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam dan menghiasi kediaman masin-masing sebagai memenuhi masa yang terluang.

Jalinan kerjasama yang baik daripada jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang, Badan-badan Berkanun, agensi-agensi, NGO dan Hospital Tengku Ampuan Afzan telah memudahkan gerak kerja dan melincinkan urusan Pihak Pengurusan Kompleks Asnaf MUIP.

Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang berharap kewujudan kompleks ini dapat memberi perlindungan kepada golongan-golongan yang terpinggir seperti warga emas fakir miskin yang tinggal sebatang kara serta membela nasib muallaf-muallaf yang telah dihalau keluarga selepas memilih Islam sebagai agama pegangan.

Hubungi Kami :

  Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

  Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah,

  Jalan Istana Permai,

  26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.

  Tel : 6+09 4221311 Fax : 6+09 4221885

  e-mail: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Agihan Zakat Januari Sehingga Ogos 2019 berjumlah:

RM 101.1 JUTA