Pekan, 26 Ogos 2026 – MUIP menyalurkan sumbangan sebanyak RM 339 ribu kepada 107 anak Pahang yang akan melanjutkan pengajian ke universiti di Mesir, Jordan dan Morocco Tahun 2026.

Sumbangan tersebut merangkumi tajaan tiket penerbangan sehala dan bantuan awal sebanyak RM 1,200 seorang.

Majlis yang diadakan di Dewan Utama, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang tersebut dihadiri kira-kira 300 orang termasuk ibubapa dan pelajar.

Seramai 57 pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri ( SMAN) kelolaan Jabatan Agama Islam akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir, 17 orang pelajar lepasan Kolej Yayasan Pahang Official yang akan menyambung pengajian ke Jordan, 8 orang pelajar lepasan Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang – Uniqsaas akan ke Mesir, 13 pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang ke Mesir dan Jordan dan 10 Pelajar Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang kelolaan Yayasan Pahang akan ke Morocco.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman, wakil rasmi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Dato’ Dr. Asmadi dalam ucapannya merakamkan sekalung tahniah kepada para pelajar dan ibubapa serta menzahirkan harapan yang tinggi kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh dan mendalami ilmu dengan sebaiknya.

Para pelajar akan berlepas ke negara-negara tersebut bermula 30 Ogos 2026 bagi pelajar ke Morocco, manakala Ke Mesir dan Jordan adalah pada 6 dan 23 September akan datang.

Hadir sama YH. Tok Muda Dato’ Haji Khirrizal bin Ab. Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Y. Bhg. Tuan Haji Abdul Razak bin Abu Musa Asyaari mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim mewakili Pusat Kutipan Zakat Pahang, Y.Bhg. Prof. Mady. Dr. Ahmad Effat bin Mokhtar mewakili Naib Canselor UNIQSAAS dan dif-dif kehormat.

MUIP dalam skim bantuan zakat ada menyediakan Skim Bantuan Tambang Belajar, Bantuan Awal dan Dermasiswa kepada pelajar tersebut bagi membantu meringankan perbelanjaan dan tanda sokongan bagi mencapai cita-cita dan kejayaan para pelajar.

#MesirJordanMorocco#BantuanPendidikan

#TerimaKasihPembayarZakat

Carta Organisasi Majlis
Skip to content