KUANTAN, 12 Ogos 2026 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi kerajaan dan pemimpin masyarakat menerusi Taklimat Zakat Bersama Pejabat Daerah Kuantan (Pengerusi JPKK dan Penghulu Mukim) serta Agensi yang berlangsung di Hotel Grand Darulmakmur, Kuantan, pada Rabu.

Program yang dianjurkan MUIP itu menghimpunkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Penghulu Mukim Daerah Kuantan, Briged Asnaf serta wakil agensi berkaitan bagi meningkatkan kefahaman mengenai perkhidmatan zakat, khususnya berkaitan skim bantuan agihan yang disediakan kepada golongan yang layak.

Penganjuran program berkenaan dilihat penting dalam memperkukuh kefahaman pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi mengenai peranan MUIP dalam menguruskan kutipan dan agihan zakat, selain memastikan maklumat berkaitan bantuan dapat disampaikan dengan lebih tepat kepada masyarakat.

YH. Dato’ Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP turut hadir bagi menyampaikan amanat pada majlis berkenaan.

Melalui program seperti ini, MUIP berhasrat memperkukuh jaringan kerjasama bersama Pejabat Daerah, JPKK, Penghulu Mukim dan agensi berkaitan agar penyampaian maklumat serta perkhidmatan zakat dapat dilaksanakan secara lebih berkesan, tersusun dan menyeluruh.

Kerjasama erat antara agensi kerajaan dan MUIP juga diyakini dapat membantu memastikan golongan yang benar-benar memerlukan mendapat akses kepada bantuan serta khidmat sokongan yang bersesuaian, selaras dengan tanggungjawab institusi zakat dalam memperkasa kesejahteraan masyarakat.

#zakatpahang#caknaasnaf

Carta Organisasi Majlis
Skip to content