Kuantan, 18 September 2026 ( Jumaat ). Satu Majlis Penyerahan Sumbangan telah diadakan dengan jayanya. Sebanyak RM 262 ribu telah disalurkan kepada 66 buah sekolah rendah dan menengah dibawah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Sumbangan ini adalah bagi menampung kos baikpulih kecil surau sekolah serta program-program keagamaan dan kecemerlangan yang telah dipohon dengan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Program ini telah dirasmikan oleh YH. Dato’ Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Hadir sama YH. Dato’ Haji Ahmad Zamri bin Md. Isa, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, serta barisan pegawai kanan jabatan.

Dato’ Dr. Asmadi dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah diatas permohonan yang telah diluluskan bagi menampung kos berkaitan. MUIP senantiasa membantu apa jua keperluan sekolah terutama yang melibatkan pengembangan syiar agama Islam dan keselesaan murid terutama dalam aspek pendidikan Islam.

#Pendidikan #BaikpulihSurau #FiSabilillah

Carta Organisasi Majlis
Skip to content