Kuantan, 19 November 2024 bersamaan 17 Jamadiawal 1446H -Buat julung kalinya, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah mengadakan Sambutan Hari Intergriti bagi menyemarakkan Hari Integriti Nasional yang disambut pada 5 November dengan tema “TEGUH INTEGRITI, KUKUH PERTIWI”.  

Majlis telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Haji Ahmad Hairi bin Haji Hussain, DSAP., DIMP., SAP., AMP., PKC., selaku Ketua Pegawai Eksekutif MUIP.  

Antara pengisian program yang dijalankan adalah seperti berikut :-  

  1. Forum Integriti bertajuk “Sejauh Mana Penghayatan Dalam Tugas”. Panel forum adalah terdiri daripada KPKPs Mohamad bin Hussain (Ketua Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Pahang), Puan Norbaiti Hanum binti Hedzir (Penolong Pegawai Tadbir Tertinggi, Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang) dan Puan Razimah binti Abdullah Hashim (Pegawai Integriti dan Risiko, Unit Integriti Yayasan Pahang).  
  1. Kuiz dalam talian berkaitan pembudayaan dan nilai-nilai integriti.  
  1. Turut diadakan juga gimik pelancaran ke arah Pembangunan Anti-Bribery Management System (ABMS) 37001:2016 oleh Pengurusan Tertinggi.  

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Dasar) YBhg. Encik Khairuddin bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitumal dan Operasi) YBrs. Dr. Asmadi bin Abdul Rahman, Pengarah- Pengarah Bahagian MUIP, Ketua-Ketua Unit, warga kerja MUIP serta wakil-wakil daripada anak syarikat MUIP.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content