PEKAN, 25 OKTOBER 2023. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), YH. Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussin telah meluangkan masa membuat lawatan ke Pusat Komuniti Asnaf Bukit Kenau. Turut bersama-sama menyertai lawatan ini, Pengarah Bahagian Agihan Zakat, Ustaz Muhammad Hafidz bin Abdul Halim, Penghulu Mukim Pulau Manis, Encik Shahrul Azwan bin Mohd Saferi, Ketua Unit Pembangunan Asnaf, Ustaz Md. Hashrul’din bin Amdan, Pegawai Pejabat Pertanian Pekan dan pengerusi KRT Pusat Komuniti.
Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk melihat projek pembangunan ekonomi yang sedang berjalan dan melihat tapak-tapak projek ekonomi yang akan dilaksanakan kelak serta meninjau kawasan perumahan Pusat Komuniti. Objektif projek ini dilaksanakan tidak lain tidak bukan adalah bagi meningkatkan ekonomi penduduk Pusat Komuniti Asnaf Bukit Kenau. Antara projek ekonomi yang sedang berjalan ialah Projek Rumah Cendawan dan Projek Tanaman Kacang Tanah. Manakala projek dalam perancangan yang akan dilaksanakan ialah Projek Tanaman Cili yang akan mendapat kerjasama bersama East Coast Economic Region Development Council (ECERDC).

Carta Organisasi Majlis
Skip to content