PEKAN, 30 April 2024 – Majlis Mesra Aidilfitri Peringkat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Tahun 2024M/1445H telah berlangsung dengan jaya dan penuh kemeriahan di Dewan Utama Kompleks Islam Sultan Hj. Ahmad Shah, Pekan.
Majlis dimeriahkan lagi dengan Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bersama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Majlis Mesra Aidilfitri MUIP selepas berkenan berangkat daripada Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Darul Makmur Kali Ke 117.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang telah diiringi dengan persembahan silat dan alunan selawat serta bacaan ayat suci Al-Quran oleh Saudara Muhammad Baqir bin Mohamad A’asri.
Majlis diserikan lagi dengan perngurniaan sumbangan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang kepada pelajar-pelajar tahfiz sekitar daerah Pekan.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang selaku Yang Dipertua MUIP juga turut mengambil kesempatan untuk menyantuni para hadirin dan seterusnya berkenan bersantap bersama-sama dengan rakyat jelata dalam majlis tersebut.
Turut berangkat, YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan YAM Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mu’adzam Shah.
Hadir sama, Ahli-Ahli Majlis, Exco Kerajaan Negeri Pahang, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai dan kakitangan MUIP serta masyarakat sekitar.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content