Mesyuarat yang diadakan selepas Majlis Mesra Aidilfitri Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang itu, turut dihadiri oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Yang Dipertua MUIP.

Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang telah mempengerusikan mesyuarat, seterusnya menyaksikan upacara mengangkat sumpah tiga Ahli Majlis yang baharu iaitu, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Asmadi bin Mohamed Naim, YH. Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak dan YH. Datuk Seri Dr. Abdul Fatah bin Abdullah.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada tiga mantan Ahli Majlis iaitu YH. Dato’ Sri Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Salleh, YH. Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman dan YH. Dato’ Sri Md. Sharif bin Shamsuddin di atas khidmat bakti cemerlang yang telah disumbangkan sepanjang menjawat jawatan ini.

Turut berangkat, YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Hadir sama, Ahli-Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Pengarah-Pengarah Bahagian MUIP serta kakitangan daripada anak syarikat MUIP yang terlibat.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content