KUANTAN. 17 Oktober 2022 – Pelan strategik menjadi asas rujukan menentukan hala tuju pencapaian Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang untuk tempoh 5 tahun akan datang.

“Menerusi pembentukan pelan strategik ini, MUIP bakal menampilkan sebuah identiti yang baharu, institusi yang berdaya saing, berketerampilan dan berinovasi tinggi demi memberikan yang terbaik buat umat Islam di negeri Pahang khususnya.

“MUIP merupakan agensi pertama berjaya menubuhkan pangkalan data e-jawi ini dan menjadi peneraju kepada MAIN yang lain. Pangkalan Data e-JawiMakmur merupakan satu sistem inovasi yang dijangka dapat memberikan manfaat besar buat seluruh masyarakat bukan sahaja di negeri Pahang, malah di seluruh Negara,” ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Yang Hormat Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain.

Hari ini berlangsungnya Majlis Pelancaran Pelan Strategik MUIP 2022-2026 dan Pangkalan Data e-JawiMakmur disempurnakan perasmiannya oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mewakili paduka adinda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Majlis bertempat di Dewan Astana, Hotel Grand DarulMakmur turut dihadiri Ahli-ahli Majlis, Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang, barisan Exco Kerajaan Pahang, Ketua-ketua Jabatan Negeri Pahang, Pihak Berkuasa Tempatan, Al-Fadhil Qadhi-qadhi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP (Pengurusan dan Dasar), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP (Baitulmal dan Operasi), Pengarah-pengarah Bahagian dan Ketua-ketua Unit MUIP, Ketua Pengarah DBP, wakil PNM, Pegawai-pegawai serta kakitangan MUIP, perunding UMP dan Munsyi Jawi Pahang.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content