PEKAN 31 Januari 2024 bersamaan 19 Rejab 1445- Seramai Sembilan (9) orang peserta tajaan umrah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang bagi sesi tahun akan berlepas ke tanah suci
Program tajaan umrah ini merupakan program tahunan MUIP bagi menaja para peserta yang terdiri daripada kalangan pendakwah-pendakwah mualaf daripada orang asli. Satu pengikhtirapan MUIP kepada pendakwah yang bergiat aktif dalam menjalankan kerja dakwah di Negeri Pahang.
Selain itu , MUIP turut menaja pendakwah daripada kalangan orang Melayu yang turut sama menyumbang khidmat baktı mereka dalam setiap program dakwah di negeri ini. MUIP juga turut menaja Batin-batin Islam yang bergiat aktif bersama bersama pendakwah.
Tahun ini MUIP telah menaja seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada kalangan penyelaras Pembangunan Insaniah masyarakat Orang Asli (PePIMA), penggerak Masyarakat Orang Asli, Jabatan Kemajuam Islam Malaysia (JAKIM),dan duanın 2 orang pegawai MUIP.
Selain itu, MUIP turut menaja dua (2) orang pesara MUIP sebagai satu penghargaan kepada pesara-pesara yang lama berkhidmat. Para peserta di ketuai Oleh Ustaz Azri bin Salehud-din turut bersama para jemaah. MUIP kali ini telah melantik Falda Travel bagi membawa jemaah ke Tanah Suci.
Menurut salah seorang peserta syaiful azman berkata “saya bersyukur kepada Allah kerana dipilih menjadi tetamu Allah kali ini. Terima Kasih kepada pihak MUIP kerana memilih saya”
Majlis Penyerahan Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Sh. Mohd Firdaus bin Sh. Othman, Ketua Unit Pembangunan Modal Insan wakil kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Para peserta menerima saguhati sebanyak RM 1,000.00 seorang.
Majlis penyerahan diadakan di Ibu Pejabat MUIP dalam satu kursus khas kepada peserta yang pergi pada Minggu depan.
Turut Hadir Ustaz Ahmad Nazmie Bin Omar, wakil travel Felda

Carta Organisasi Majlis
Skip to content