KUANTAN, 21 November 2023: Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Timbalan Yang Dipertua MUIP berangkat ke Mesyuarat Khas Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang diadakan di Hotel Grand DarulMakmur, Kuantan hari ini.

Mesyuarat Khas Majlis kali ini telah diperkenankan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang untuk dipengerusikan oleh paduka kakanda Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Timbalan Yang Dipertua MUIP.

Mesyuarat Khas Majlis ini diadakan bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara yang berbangkit yang perlu diputuskan segera oleh para Ahli Majlis. Turut hadir pada mesyuarat kali ini ialah, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, barisan Ahli Majlis, barisan pengarah-pengarah bahagian MUIP, barisan urus setia mesyuarat serta kakitangan yang terlibat.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content