HULU TEMBELING, 30 Julai 2023 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat memeriahkan Majlis Perjumpaan Baginda Bersama-sama Rakyat di Hulu Tembeling, Jerantut

Majlis Bersama Rakyat tersebut telah diadakan selama dua hari 1 malam bertempat di Kg.Bantal, Ulu Tembeling dan melibatkan 5 buah kampung antaranya, Kg. Bantal, Kg. Gusai, Kg. Mat Daling, Kg. Kuala Sat dan Kg. Pagi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama-sama para penduduk kampung termasuklah sukan rakyat, pertandingan memasak antara kampung, majlis tahlil serta kenduri-kendara.

Dalam majlis itu juga, selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Baginda telah berkenan untuk menyerahkan wang zakat dan peribadi serta hamper barangan keperluan asas MUIP kepada para penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dari sekitar kampung-kampung terbabit.

Sesungguhnya, keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah memberikan suatu kegembiraan buat para penduduk kampung serta memperkuatkan tali silaturahim sesama Baginda dan rakyat jelata. Daulat Tuanku.
Kredit Gambar : House Of Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carta Organisasi Majlis
Skip to content