PEKAN. 15 Mei 2023- Majlis Mesra Aidilfitri 2023, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah berlangsung di Dewan Utama Kompleks Islam Sultan Hj Ahmad Shah, Pekan dengan suasana yang meriah.

Kemeriahan majlis ini diserikan dengan Keberangkatan Yang Amat Mulia Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah ke majlis tersebut.
Keberangkatan tiba Yang Amat Mulia dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta doa. Yang Amat Mulia berkenan bersantap dan mengurniakan sumbangan kepada pelajar-pelajar Tahfiz seramai 108 orang. Sebelum berangkat pulang, Yang Amat Mulia turut meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni rakyat yang hadir.

Turut hadir Ahli-ahli Majlis, Exco Kerajaan Negeri Pahang, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai dan kakitangan MUIP serta masyarakat sekitar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carta Organisasi Majlis
Skip to content