PEKAN – Buat julung kalinya Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP) dengan kerjasama Persatuan Silat Pekan (PESAKA, Pekan) telah menganjurkan Pertandingan Gendang dan Silat Pahang sempena Hari Bersama Pelanggan Siri 2. Sebanyak 10 kumpulan yang telah berentap mewakili persatuan gendang dan silat merangkumi Daerah Pekan, Daerah Maran, Daerah Kuantan dan Daerah Temerloh. Kali ini, kumpulan Gendang Pahang Seri Bentara (Temerloh) telah merangkul gelaran juara, manakala Naib Johan diungguli oleh Warisan Indera 2 (Maran) dan tempat Ketiga disandang Persatuan Gendang Silat Muzium Negeri Pahang (Pekan).

Bagi kategori Busana Terbaik dimenangi oleh Persatuan Gendang Silat Muzium Negeri Pahang (Pekan). Manakala kategori Pesilat Terbaik disandang oleh Kumpulan Gendang Pahang Seri Bentara (Temerloh). Turut mengambil bahagian, Kumpulan Silat Garuda, Pekan, Geng Silat Pusaka Pak Megat, Pekan, Kelab Serindit Mat Tersepit, Kuantan, Pasukan Gendang Cekak Terlak A Kuantan, Pasukan Gendang Cekak Terlak B Kuantan, Warisan Seni Bujang Hilir, Maran, Gendang KRT Taman Maran Damai Bujang Hilir, Maran.

Gendang Pahang merupakan salah satu warisan yang menjadi kebanggaan buat rakyat Negeri Pahang khususnya dan menjadi tanggungjawab bersama memelihara dan menjaga warisan kesenian Melayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carta Organisasi Majlis
Skip to content