KUANTAN, 25 Julai 2022 : KDYMM SPB Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Shah berkenan untuk berangkat ke mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang kali ke-186 hari ini.
Turut berangkat ke mesyuarat tersebut ialah, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota selaku Yang Dipertua MUIP, YAM Tengku Panglima Raja selaku Timbalan Yang Dipertua MUIP, Ahli-Ahli Majlis serta pegawai-pegawai dari MUIP.


Mesyuarat yang diadakan di Hotel Grand Darul Makmur Kuantan itu juga turut menyaksikan KDYMM Tuanku Agong berkenan untuk menerima persembahan “mock cheque” dividen akhir Kampong Aur Oil Palm CO. Sdn Bhd bagi tahun 2021 daripada YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Haji Wan Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan selaku Pengerusi Jemaah Pengarah Kampong Aor Oil Palm Sdn Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carta Organisasi Majlis
Skip to content