PEKAN, 26 Februari 2026 / 8 Ramadan 1447H – MUIP menyalurkan sumbangan sebanyak RM 257 ribu kepada semua maahad tahfiz, madrasah dan pondok berdaftar Negeri Pahang
Gimik penyampaian sumbangan tersebut disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Khairudin bin Hussin selaku Pengarah Bahagian Agihan Zakat Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
Simbolik penyerahan tersebut telah diserahkan kepada Y. Bhg. Maulana Zulkamal bin Jusoh, Mudir Madrasah Dirasatid Diniyyah Wat Tarbiyyah, Kuantan merangkap wakil Ikatan Madrasah Pahang IMP bersempena dengan Majlis Iftar Perdana dan Ihya’ Ramadan maahad tahfiz, madrasah dan pondok peringkat daerah Pekan.
Pusat Pengajian Tahfiz dan Pondok Ribat Sullamuttaufiq, Kampung Tanjung Agas, Pekan telah dipilih selalu tuan rumah pada majlis kali ini.
Majlis tersebut telah melibatkan 9 buah madrasah tahfiz di daerah Pekan dengan penglibatan pelajar tahfiz seramai 180 orang.
Antara madrasah yang terlibat ialah :
- Ribat Sullamuttaufiq, Kampung Tanjung Agas
- Maahad Tahfiz Wal Qiraat Tengku Ampuan Afzan, Jalan Istana
- Madrasah Hujjatul Islam, Kg Pasir Panjang
- Maahad Tahfiz Tok Montok, Kg Ketapang Tengah
- Maahad Tahfiz At-Taufiq, Kg Kelat Rendang
- Madrasah Az-Zahra’ Li Tahfizil Quran, Kg Nenasi
- Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ahmadi, Kg Tanjung Batu
- Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Furqan, Kg Permatang Pasir
- Tahfiz Bestari Kulliah Al-Lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar Pekan
Program dimulakan dengan majlis maulid dan lantunan qasidah yang disampaikan oleh pelajar seterusnya Tausiah Ramadan yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Jamalizan bin Abdul Jalil, Pengerusi Pusat Pengajian Ribat Sullamuttaufiq, Pekan.
Ihya’ malam 9 ramadan dihidupkan lagi dengan solat terawih sebanyak 20 rakaat dan diserikan dengan bacaan imam oleh wakil pelajar terbaik madrasah masing-masing secara bergilir.
Hadir sama Ustaz Zoolhilmi bin Othman, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Spi Jpnp , Institut Ilmu Darul Makmur , wakil Pejabat Agama Islam Daerah Pekan, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Pekan serta dif-dif jemputan.
#TahfizMadrasahPondok #IhyaRamadan1447H















