Info Korporat
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mula ditubuhkan pada tahun 1926. Yang Dipertua Majlis pertama adalah Al-Marhum Yang Amat Mulia Tengku Besar Sulaiman. Pada permulaan, Majlis dikenali sebagai Majlis Anggota Islam Pahang, kemudian berubah nama kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang, akhirnya bertukar kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang kekal sehingga hari ini.
Visi Kami
“Bertekad menjadi peneraju hal ehwal Islam demi kesejahteraan ummah”
Misi Kami
“Memartabatkan Islam melalui ekosistem tadbir urus yang cemerlang, memperkasa masyarakat rabbani serta melestarikan adat resam Melayu yang tidak bertentangan dengan syariat Islam”
Nilai Bersama (7م)
MURABATAH
Murabatah (مـرابـطـة) bermaksud tambatan hati atas jalan kasih kepada Majlis/ tempat kita berkerja kerana Allah
MUSHARATAH
Musyaratah (مشارطة) bermaksud syarat-syarat, prosedur-prosedur yang mesti dipatuhi untuk kita mencapai sesuatu matlamat di dalam organisasi/tempat kita bekerja
MURAQABAH
Muraqabah (مراقبة) bermaksud sifat sentiasa mengawasi diri, mengawasi setiap tingkah laku, fikiran, perasaan dan perbuatan kita seiring dengan musyaratah
MUHASABAH
Muhasabah (محاسبة) bermaksud menghitung/memeriksa segala gerak pekerjaan yang telah kita lakukan. Sentiasa menilai kualiti gerak kerja agar selaras dengan niat kerja iaitu kerana Allah SWT dan tujuan organisasi
MU'AQABAH
Mu'aqabah (معاقبة) bermaksud mendenda/menghukum diri setelah selesai bermuhasabah, sekiranya ada kekurangan di dalam prestasi, maka diperingatkan dan ditegaskan kepada diri agar sentiasa berusaha dengan lebih baik dan gigih
MUJAHADAH
Mujahadah (مجاهدة) bermaksud sifat bersungguh-sungguh dan semangat yang tinggi di dalam menjalankan segala tugas, amanah dan tanggungjawab. Individu hendaklah terus istiqamah di dalam perjuangan demi hasilnya kepada Majlis. Anggap segala kesusahan/kepayahan itu sebahagian daripada ibadah.
MU'ATABAH
Mu'atabah (معاتبة) bermaksud sifat mengkritik diri, supaya diri tidak cepat merasa selesa dengan pencapaiannya, Sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi kerja.
Garis Masa MUIP Sehingga 2050
Kami warga MUIP sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti tinggi, jujur, amanah serta sentiasa menghargai pelanggan-pelanggan kami berasaskan kepada sahsiah, keperibadian dan akhlak yang dituntut oleh syarak.
Polisi dan Objektif Kualiti
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang akan memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi meningkatkan syiar Islam di Negeri Pahang berpandukan kepada Perlembagaan Negara serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.
Punca Kuasa Penubuhan
(1) Asas Penubuhan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Perkara 24(1) Bahagian 1 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.
Raja Pemerintah Ketua Agama Negeri
- (1) Ketua Agama Negeri hendaklah Raja Pemerintah dan Raja Pemerintah, dari satu masa ke satu masa, bolehlah mengeluarkan perintah supaya diadakan lagi apa-apa undang-undang sebagaimana yang patut pada timbangan Baginda bagi maksud mengatur hal ehwal agama dan bagi menubuhkan sebuah Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu yang akan digelar dalam bahasa Inggeris “Council of Religion and Malay Custom” bagi menolong dan menasihatkan Raja Pemerintah dalam semua perkara mengenai agama Negeri dan adat resam Melayu.
(2) Penubuhan dan Pemerbadanan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Seksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991.
- (1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang kekal turun-menurun dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Enakmen ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerah balik, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah milik atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Majlis mengikut apa-apa syarat yang Majlis fikirkan patut.
Nilai Murni
Kesungguhan
1. Bekerja tanpa mengira masa 2.Melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi
Bersih
1. Tidak mengamalkan pilih kasih dalam melaksanakan tugas 2. Melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah 3. Menganggap rasuah sebagai penyakit
Amanah
1. Amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. 2. Mempunyai akauntabiliti yang tinggi
Penyayang
1. Sentiasa membantu orang ramai yang memerlukan bantuan
2. Saling bekerjasama
Proaktif
1. Sentiasa mengambil insiatif awal untuk mengelakkan masalah timbul 2. Sentiasa bekerjasama dengan lain-lain agensi 3. Sentiasa mengambil langkah/tindakan pencegahan
Cekap
1. Mempunyai kemahiran yang tinggi 2. Kemahiran yang pelbagai (multi-skill) 3. Tindakan dilaksanakan dengan cepat dan cekap 4. Mempuyai ilmu pengetahuan yang luas
Sikap Yang Baik
1. Menghargai pelanggan dan orang ramai 2. Menyayangi organisasi sebagai tempat sumber rezeki 3. Bekerja sebagai satu pasukan (team work)
Piagam Pelanggan
Kami warga MUIP sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti tinggi, jujur, amanah serta sentiasa menghargai pelanggan-pelanggan kami berasaskan kepada sahsiah, keperibadian dan akhlak yang dituntut oleh syarak.
Setiap permohonan bantuan zakat akan diteliti dengan seadil-adilnya.
Meningkatkan tahap pengurusan dan kualiti pendidikan pra-sekolah
Membantu dalam pengurusan masjid, surau dan kubur.
Pengurusan wakaf dilaksanakan dengan penuh berintegriti.
Pengurusan program-program dakwah yang bersistematik
Memberi kemudahan kepada asnaf-asnaf yang memerlukan.
Meningkatkan sistem dan aplikasi yang sedia ada.
Ketua Agama
Asas penubuhan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang – Perkara 24(1) Bahagian 1 iaitu Raja Pemerintah Ketua Agama Negeri
Ahli Majlis
MUIP juga memastikan amalan tadbir urus korporat sentiasa konsisten dengan standard amalan yang dipraktikkan di Malaysia serta turut memastikan penerapan amalan terbaik dalam syarikat-syarikat pelaburannya.
Jawatan Kuasa Tetap
Mengkaji dan mengemas kini strategi, dasar, polisi dan hala tuju Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang….
Pengurusan & Pentadbiran
Carta Pengurusan & Pentadbiran Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
Struktur Organisasi
Carta Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang