Jawatan Kuasa Tetap

Dikemaskini sehingga 11 Ogos 2026

FUNGSI

i. Memperaku strategi, dasar, polisi dan hala tuju Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

ii. Memperaku fungsi-fungsi setiap institusi-institusi Agama yang bertanggungjawab melaksanakan dasar dan polisi berkaitan dengan pentadbiran agama di negeri Pahang.

iii. Memperaku pelan strategik Majlis bagi jangka masa pendek, pertengahan dan panjang.

iv. Melantik keahlian Panel Pemantau Pelan Strategik MUIP.

FUNGSI

i. Memperaku anggaran belanjawan tahunan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis.

ii. Memperaku / melulus cadangan tambahan peruntukan bagi Akaun Sumber Am.

iii. Membincang dan meluluskan perolehan, aset atau projek bernilai melebihi RM 1 juta.

iv. Membincang dan meluluskan pelantikan pembekal secara rundingan terus melebihi RM 500 ribu.

v. Memperaku / meluluskan draf penyata kewangan MUIP yang telah dibentangkan oleh wakil Jawatankuasa Audit.

vi. Membincang dan meluluskan cadangan menerima pakai / mengecualikan piawaian / peraturan / dasar / pekeliling- pekeliling berkaitan kewangan dan perakaunan.

vii. Membincang dan meluluskan perkara berkaitan pengurusan kewangan anak syarikat.

viii. Membincang dan meluluskan had kuasa, amaun dan juga perkara-perkara yang berkaitan kewangan yang diangkat daripada mana-mana Mesyuarat Jawatankuasa Tetap dan Mesyuarat Dalaman.

ix. Mencadangkan penubuhan panel di bawah Jawatankuasa Kewangan, Projek dan Pengurusan Harta dan perlu disahkan di Mesyuarat Majlis.

x. Melantik panel di bawah Jawatankuasa Kewangan, Projek dan Pengurusan Harta.

xi. Membincang / meluluskan lain-lain perkara berkaitan kewangan yang bersifat segera dan penting.

FUNGSI

a. Fungsi Dasar

i. Meluluskan pelaksanaan dasar, arahan dan keputusan Majlis berkaitan wakaf.

ii. Menentukan hala tuju Wakaf Pahang.

b. Fungsi Pembangunan Wakaf

i. Meluluskan apa-apa model pembangunan wakaf ekonomi dan sosial kepada umat Islam.

ii. Meluluskan pelantikan Panel yang dirasakan perlu bagi melancarkan pengurusan Wakaf.

c. Fungsi Tadbir Urus dan Pematuhan

i. Mengesahkan Pengurusan Wakaf Pahang mematuhi:

1. Hukum syarak;

2. Enakmen Wakaf;

3. Dasar MUIP;

4. Peraturan kewangan dan pentadbiran.

d. Fungsi Kewangan dan Pelaburan

i. Mengesahkan laporan kewangan dan meluluskan pelaburan wakaf.

ii. Meluluskan pengurusan Kumpulan Wang Wakaf.

iii. Mengesahkan penggunaan dana wakaf dan agihan mematuhi tujuan wakaf.

iv. Mempertimbang dan menyetuju terima semua perolehan bernilai melebihi RM500,001.00 ke atas mengikut had kuasa dan prosedur yang ditetapkan oleh Majlis.

FUNGSI

i Membincang dan menimbang dan memutuskan perkara-perkara berkaitan Hukum Syarak.

ii. Membincang dan menimbang dan memutuskan apa-apa perkara berkaitan permasalahan aliran kefahaman yang bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

iii. Menyebarkan fatwa yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang kepada masyarakat awam.

iv. Menyedia dan meluluskan fatwa.

FUNGSI

i. Memastikan pelaksanaan kursus, temuduga dan peperiksaan Sijil Peguam Syarie dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan;

ii. Meluluskan pemohon yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Peguam Syarie;

iii. Membatal atau menggantung Sijil Peguam Syarie/Sijil Amalan Tahunan;

iv. Mengawal selia tatatertib Peguam Syarie;

v. Membincangkan dan memutuskan perkara-perkara yang berhubungan dengan syarat-syarat asas atau penilaian kelayakan seseorang peguam syarie;

vi. Melantik apa-apa panel bagi membantunya menjalankan fungsi-fungsinya;

vii. Meluluskan soalan-soalan peperiksaan yang digubal;

viii. Meluluskan bank soalan yang diwujudkan;

ix. Menetapkan kekerapan putaran soalan bagi satu-satu masa;

x. Mengesahkan dan mengesyorkan untuk kelulusan Majlis, undang-undang berkaitan dengan guaman syarie yang perlu digubal, dipinda, disemak atau dimansuhkan;

xi. Membincangkan dan meluluskan dasar-dasar baharu berkaitan dengan guaman syarie di Pahang terutamanya dari aspek pengambilan peguam syarie baharu;

xii. Meneliti dan meluluskan apa-apa sistem yang berkaitan dengan pengurusan guaman syarie di Pahang; dan

xiii. Menjalankan apa-apa fungsi sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis.

FUNGSI

i. Menggubal semua aspek keperluan pendidikan agama Islam.

ii. Menetapkan dasar-dasar pendidikan Islam.

iii. Meluluskan dan membatalkan kebenaran mengajar Agama Islam dan memperakukan dan membatalkan perakuan yang diberikan.

iv. Meluluskan pendaftaran Sekolah-sekolah Agama bukan milik kerajaan.

v. Mencadangkan penutupan Sekolah-Sekolah Agama bukan milik kerajaan

vi. Menetapkan kurikulum dan garis panduan Sekolah-sekolah Agama bukan milik kerajaan.

vii. Menetapkan kawalan dan pemantauan ke atas semua Sekolah-sekolah Agama bukan milik kerajaan.

viii. Meluluskan peraturan, garis panduan atau prosedur bagi maksud Jawatankuasa menjalankan fungsinya.

ix. Jawatankuasa boleh melantik panel bagi maksud menjalankan fungsi jawatankuasa.

FUNGSI

Membincangkan dan membuat keputusan sebagai Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi perkara-perkara berkaitan Perkhidmatan, Perjawatan dan Kenaikan Pangkat Pegawai MUIP meliputi:-

i. Keperluan Dan Isu-Isu Perjawatan (menggubal, menasihati, dan mengurus dasar berkaitan perjawatan, skim perkhidmatan, serta penstrukturan semula organisasi bagi memastikan kecekapan fungsi jabatan).

ii. Pengesahan atau Pelanjutan Tempoh Pengesahan Jawatan Pegawai.

iii. Pelanjutan Tempoh Perkhidmatan Kontrak Pegawai.

iv. Kenaikan Pangkat dan Pemangkuan Pegawai kumpulan Pengurusan Dan Professional serta Kumpulan Pelaksana berdasarkan kelayakan dan prestasi yang ditetapkan.

v. Permohonan Cuti Yang Tidak Tertakluk Kepada Kelulusan Ketua Jabatan.

vi. Penerimaan Pakai Pekeliling/Surat Pekeliling/Surat Edaran (Pekeliling Perkhidmatan, Akta, Peraturan & Perintah Am serta Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia).

vii. Penubuhan dan Pelantikan Panel berkaitan Perkhidmatan dan Perjawatan Pegawai.

FUNGSI

i. Menjalankan fungsi dalam membuat keputusan bagi semua tindakan tatatertib pegawai Majlis tidak termasuk Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.

ii. Mempunyai bidang kuasa dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan kelakuan dan tatatertib.

iii. Ketua Pegawai Eksekutif boleh melantik secara bertulis atas keperluan menamakan mana-mana pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang dikenakan tindakan tatattertib untuk hadir dalam mesyuarat.

iv. Mana-mana ahli Jawatankuasa Tatatertib (termasuklah Pengerusi) yang dinyatakan dalam keahlian yang menjadi pengadu dalam apa-apa prosiding tatatertib terhadap seorang pegawai tidak boleh bersidang sebagai ahli atau Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib untuk mendengar kes terhadap pegawai itu.

v. Soalan yang dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib hendaklah diputuskan melalui undi majoriti ahli yang hadir dan mengundi, dan sekiranya bilangan undi itu sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

vi. Jawatankuasa Tatatertib boleh sekiranya perlu mengarahkan suatu siasatan dijalankan bagi mendapatkan satu penjelasan dan syor berkenaan kesalahan tatatertib yang dibincangkan.

vii. Semua ahli jawatankuasa ini hendaklah bertanggungjawab memastikan kerahsiaan maklumat bagi perkara-perkara yang dibincangkan dalam Jawatankuasa ini terpelihara dari masa ke semasa.

FUNGSI

i. Fungsi untuk menimbang dan memutuskan apa-apa rayuan yang dibuat mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Tatatertib dan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 2025 tidak termasuk Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP.Memperaku fungsi-fungsi setiap institusi-institusi Agama yang bertanggungjawab melaksanakan dasar dan polisi berkaitan dengan pentadbiran agama di negeri Pahang.

ii. Keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib perlu dimaklumkan dalam Mesyuarat Majlis sebagai suatu pemakluman sahaja.

iii. Kerahsiaan maklumat bagi perkara-perkara yang dibincangkan dalam Jawatankuasa ini terpelihara dari masa ke semasa

FUNGSI

i. Penentuan dan Pengesahan Takwim

· Mengesahkan Takwim Waktu Solat Negeri Pahang.

· Mengesahkan Takwim Tahun Hijri bagi kegunaan rasmi Negeri Pahang.

· Mengesahkan Takwim Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Pahang.

 

ii. Cerapan Hilal dan Penentuan Awal Bulan Islam

· Menjalankan tugas rasmi cerapan hilal bagi penentuan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.

· Memantau stesen-stesen cerapan hilal di Negeri Pahang.

· Mengesahkan tarikh awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah untuk dilaporkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

 

iii. Hal Ehwal Hukum dan Isu Falak Syarie

· Membincangkan isu-isu hukum syarak berkaitan falak syarie.

· Memberi nasihat, pandangan dan syor hukum kepada pihak berkaitan dalam bidang falak syarie.

 

iv. Arah Kiblat dan Infrastruktur Ibadah

· Menyelaras pengesahan arah kiblat bagi masjid, surau, tanah perkuburan dan premis persendirian berdasarkan permohonan rasmi.

 

v. Aktiviti, Kajian dan Penyelidikan Falak

· Membincangkan hal-hal berkaitan aktiviti falak syarie di Negeri Pahang.

· Melaksanakan kajian dan penyelidikan dalam bidang falak syarie.

· Memberi nasihat dan pandangan berkaitan program serta aktiviti falak di Negeri Pahang.

FUNGSI

i. Menyelaras dan mengesahkan tajuk-tajuk khutbah untuk dibacakan di seluruh masjid di Negeri Pahang.

ii Memastikan tajuk dan kandungan khutbah yang disediakan bersesuaian dengan kehendak syarak, isu semasa dan keperluan masyarakat.

iii. Mengesahkan pelantikan penulis teks khutbah di Negeri Pahang.

iv. Mengarahkan teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dibacakan di masjid-masjid seluruh Negeri Pahang.

v. Membincangkan isu-isu berkaitan penyediaan dan bacaan khutbah.

vi. Menyemak serta memperakukan tajuk-tajuk khutbah tahunan Negeri Pahang.

vii. Meluluskan peraturan, garis panduan atau prosedur bagi maksud Jawatankuasa menjalankan fungsinya.

FUNGSI

i. Meluluskan sesuatu permohonan Pensijilan Halal Malaysia, mengantung dan menarik balik sijil halal berdasarkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

ii. Menjalankan analisis dan penyelidikan terhadap makanan dan barang gunaan orang Islam bagi maksud pengeluaran Sijil Halal Malaysia.

iii. Mendaftarkan individu, syarikat atau perniagaan yang mendapat sijil.

iv. Menyelaras bersama pihak berkuasa berkaitan bagi maksud kawalan ke atas pensijilan halal.

v. Mencadangkan penubuhan sesuatu panel bagi maksud membantu Jawatankuasa menjalankan fungsinya.

vi. Melantik keanggotaan panel-panel yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa.

vii. Meluluskan peraturan, garis panduan atau prosedur bagi maksud Jawatankuasa menjalankan fungsinya.

FUNGSI

i. Menyemak dan memperhalusi undang-undang yang terpakai di Negeri Pahang bagi tujuan semakan, penggubalan, pindaan dan pemansuhan.

ii. Membincangkan dan meluluskan draf undang-undang bagi gubalan, pindaan, semakan dan pemansuhan.

iii. Memastikan pelaksanaan kajian semula undang-undang yang sedia ada bagi tujuan penambabaikan serta kesesuaian dengan keperluan semasa dan perkembangan masyarakat Islam di Pahang.

iv. Membincangkan mengenai kaedah pelaksanaan serta implikasi pelaksanaan sesuatu undang-undang syariah.

v. Membincangkan sebarang isu berkaitan undang-undang terutamanya dari sudut teknikal.

vi. Membincangkan, memberi pandangan dan mengambil maklum kes-kes mahkamah yang berprofil tinggi atau rumit dan memerlukan keputusan dasar melibatkan kepentingan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

FUNGSI

i. Memastikan tindakan “preventive” dan “corrective” diambil oleh pihak pengurusan supaya kelemahan-kelemahan berkaitan dapat diperbetulkan dan tidak berulang.

ii. Menilai kesempurnaan serta keutuhan sistem kawalan dalaman dan sistem maklumat pengurusan organisasi.

iii. Meluluskan Rancangan Audit Tahunan yang disediakan oleh Unit Audit Dalam dan membuat cadangan skop pengauditan dan tumpuan audit sekiranya ada.

iv. Menilai laporan daripada Unit Audit Dalam dan Juruaudit Luar bagi memastikan semua isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan dengan memuaskan dan memperakukan tindakan susulan.

v. Memastikan tidak terdapat sekatan atau batasan yang tidak wajar yang boleh menjejaskan pelaksanaan Audit Dalam dan Unit Audit Dalam diberikan akses yang sesuai pada maklumat dalam pelaksanaan tugasnya.

vi. Menilai laporan pelaksanaan Unit Integriti berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Unit Integriti Badan Berkanun (UIBB)

vii. Menimbangkan hasil/syor apa-apa kajian semula dalaman tentang keberkesanan fungsi audit dalam untuk meningkatkan prestasi dan jaminan kualiti audit dalam.

viii. Mengesyorkan draf Penyata Kewangan Majlis di Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan, Projek dan Pembangunan Harta.

ix. Berperanan sebagai Badan Tadbir Urus bagi pelaksanaan dan pemantauan bagi pensijilan Anti Bribery Management System (ABMS) selaras ISO 37001:2025.

x. Melaksanakan fungsi-fungsi lain yang ditetapkan oleh Majlis dari semasa ke semasa.

xi. Ahli luar hendaklah bebas dan tidak mempunyai konflik kepentingan terhadap urusan organisasi.

FUNGSI

i. Merangka langkah-langkah yang patut dan perlu diambil bagi memelihara warisan adat resam Melayu Pahang.

ii. Menilai cadangan aktiviti dan keberkesanan aktiviti berkaitan Adat Resam.

iii. Merangka panduan secara bertulis berkenaan program Adat Resam Melayu Pahang.

iv. Membincangkan hal-hal berkaitan adat resam Melayu Pahang.

v. Menentukan dasar dan hala tuju strategik Badan Pengurusan Jawi.

vi. Meluluskan garis panduan dan polisi Jawi Negeri Pahang.

vii. Memantau prestasi dan pencapaian Badan Pengurusan Jawi.

viii. Meluluskan pengiktirafan dan pentauliahan rasmi.

FUNGSI

i. Pengurusan Pentadbiran Dakwah dan Mualaf Negeri Pahang.

ii. Pengurusan Pentadbiran Masjid Negeri Pahang.

iii. Pengurusan Harta dan Muamalat Islam Negeri Pahang.

iv. Isu perundangan melibatkan kepentingan umat Islam di Negeri Pahang.

v. Pembangunan Kekeluargaan Islam.

vi. Isu pemikiran dan akidah serta sosial umat Islam di Negeri Pahang.

vii. Penentuan Dasar dan Hala tuju pentadbiran Islam di Negeri Pahang.

viii. Membincangkan segala isu am yang tidak termasuk dalam

mana-mana fungsi dalam lain-lain Jawatankuasa Tetap.

ix. Meluluskan peraturan, garis panduan atau prosedur bagi maksud Jawatankuasa menjalankan fungsinya.

FUNGSI

i. Bertanggungjawab bagi meneliti dan mempertimbangkan kes-kes rayuan pensijilan berdasarkan peruntukan, garis panduan dan piawaian halal yang berkuatkuasa;

ii. Membuat keputusan ke atas rayuan membuat keputusan sama ada meluluskan atau menolak permohonan rayuan Pensijilan Halal dan;

iii. Mempercepatkan proses pembuatan keputusan tanpa menjejaskan ketelitian, ketelusan dan kewibawaan Majlis.

iv. Meluluskan peraturan, garis panduan atau prosedur bagi maksud Jawatankuasa menjalankan fungsinya.

Tunaikan Zakat, Tambah Berkat!

"Peliharalah hartamu dengan menunaikan zakat, ubatilah orang-orang sakit dengan bersedekah
dan tolaklah bencana dengan do'a
(HR At-Thabrani)
Carta Organisasi Majlis
Skip to content