Wakaf / Wakafa

Berhenti, menegah dan menahan.

Apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S.W.T.

“Bandingkan pahala orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah S.W.T adalah umpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu ada seratus biji dan Allah S.W.T melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”

Rukun-rukun
Wakaf

Syarat Pada Hukum Wakaf

1. Pewakaf Merdeka Baligh Berakal Berkelayakan untuk berwakaf Sukarela ( tidak dipaksa untuk berwakaf )

2. Harta yang diwakafkan Harta yang mempunyai nilai Harta yang boleh dipindah milik Harta yang boleh diambil manfaat berkekalan. Harta adalah milik sempurna pewakaf

3. Penerima manfaat wakaf Penerima khusus samada seorang atau lebih Penerima tidak khusus (tidak ditentukan penerima wakaf)

4. Lafaz akad Akad adalah kata-kata yang boleh difahami atau tulisan untuk sesuatu tujuan wakaf Akad adalah wajib bagi mengesahkan wakaf

Dana Wakaf Pahang

Saluran Dana Wakaf (5 Teras Utama)

KEAGAMAAN

KESIHATAN

EKONOMI

PENDIDIKAN

SOSIAL

Kaedah
Bayaran

WAKAF TUNAI (MANA-MANA KAUNTER CAWANGAN PKZ)

WAKAF ONLINE FPX (secure.wakafpahang.my)

POTONGAN GAJI BULANAN

DIRECT DEBIT (INFAQPAY)

WAKAF ASET (BORANG ONLINE)

Carta Organisasi Majlis
Skip to content