KUANTAN, 14 April 2026 ( Selasa ). Majlis Apresiasi Pelajar Lepasan SPM Tahun 2025 daripada Maahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok Negeri Pahang telah diadakan dengan jayanya. Majlis ini telah diadakan bertempat di Auditoriun Tuanku Canselor, Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah ( UNIQSAAS ).

Program ini bertujuan bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya lulus dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2025 yang lalu. Program ini telah melibatkan 146 orang pelajar daripada 18 buah madrasah yang telah mengambil peperiksaan SPM menerusi Program Intervensi SPM

Program ini dibawah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pemantauan dan kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang dan MUIP. Program Intervensi SPM ini adalah program berkonsepkan sistem tuisyen dimana guru-guru subjek akan hadir ke madrasah-masing-masing dan pelajar hanya mengikuti kelas pada hujung minggu sahaja.

Program ini memberi ruang pada pelajar untuk meneruskan pengajian agama dan hafazan Al-Quran pada hari biasa dan pada masa yang sama mengambil peperiksaan SPM.

Analisa keputusan SPM pada tahun 2025 yang lalu menunjukkan 96% pelajar telah lulus dan layak mendapat sijil sementara 79 orang daripadanya berjaya mendapat keputusan 1 A dan ke atas.

Sementara itu, 2 orang pelajar yang mendapat keputusan tertinggi iaitu daripada Maahad Tahfiz Al-Hidayah, Kampung Janda Baik Bentong telah mendapat keputusan 9A.

Semua pelajar menerima sijil penghargaan dan wang tunai beserta surat tawaran sambung belajar di UNIQSAAS.

Majlis telah dirasmikan oleh YH. Tok.Muda Dato’ Haji Ahmad Hairi bin Haji Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang . Hadir sama Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Prof. Dato’.Dr. Asmadi Bin Mohamed Naim, Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin, Naib Canselor Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang – Uniqsaas , YH. Dato’ Haji Maulana Che Wan Hilmi bin Wan Mohamed, Ahli Majlis merangkap Presiden Pertubuhan Ikatan Madrasah Pahang IMP , Tuan Haji Hasdan bin Ismail, Wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, dif-dif kehormat, para pengetua dan ibubapa.

Adalah diharapkan majlis ini dapat memberi suntikan semangat dan galakan kepada para pelajar untuk memartabatkan Al-Quran dan berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi.

#TahfizMadrasahPondok #SPMIntervensi

Carta Organisasi Majlis
Skip to content