Baru-baru ini telah berlangsung Pertandingan Kompang “Gema Adat dan Warisan Negeri Pahang 2025” bertempat di Auditorium JKKN Pahang. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Pahang, serta Persatuan Kompang Pahang.
Penganjuran ini bertujuan untuk memperkasakan warisan seni kompang sebagai salah satu elemen adat resam Melayu, di samping memberi ruang kepada generasi muda untuk menonjolkan bakat serta memupuk semangat cintakan warisan budaya bangsa
Sebanyak 4 kumpulan kompang telah menyertai pertandingan ini iaitu Kumpulan Kompang Seri Warisan, Kumpulan Kompang Anak Pahang, Kumpulan Kompang Irama Desa dan Kumpulan Kompang Gemala Budaya.
Berdasarkan penilaian juri yang melibatkan aspek kekompakan, kreativiti persembahan, variasi rentak, serta penampilan,
pertandingan ini telah dimenangi oleh Kumpulan Kompang Seri Warisan (Johan), Naib Johan Kumpulan Kompang Gemala Budaya, Tempat Ketiga Kumpulan Kompang Irama Desa dan saguhati Kumpulan Kompang Anak Pahang.
Secara keseluruhannya, Pertandingan Kompang “Gema Adat dan Warisan Negeri Pahang 2025” telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan. Penganjur berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan penglibatan lebih banyak kumpulan serta sokongan padu daripada masyarakat setempat.









