Kuantan, 6 Januari 2026 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menganjurkan Bengkel Penyasaran Hala Tuju MUIP 2026 pada 4 hingga 5 Januari 2026 bertempat di Hotel Grand DarulMakmur, Kuantan.
Bengkel selama dua hari ini menjadi wadah penyelarasan pemikiran serta penetapan hala tuju strategik organisasi, melibatkan pengisian merangkumi amanat pengurusan tertinggi MUIP, tadbir urus dan audit dalaman, prestasi pembayaran, perancangan Pelan Strategik MUIP 2026–2030, amalan pentadbiran cemerlang, serta kefahaman terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi menyokong kelestarian organisasi.
Pengisian bengkel telah disampaikan oleh para penceramah berikut:
Puan Najihah binti Karim
Juruaudit Dalam, MUIP
Encik Mohd Rozaini bin Jumali
Pengarah Bahagian Strategi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Korporat, MUIP
Puan Faraliza binti Abd Rahman
Pengarah Bahagian Pembangunan Lestari, Pengurusan Hartanah dan Hubungan Strategik, PSDC
Encik Mohd Hafiz bin Sharif
Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pemantauan dan Libat Urus, Pusat SDG Negara.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Khairuddin bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Dasar) MUIP.
Turut diadakan slot Bicara Ummah bertajuk “Reset Arah Kiblat Hati” yang disampaikan oleh YH. Dato’ Haji Cik Wan Hilmy bin Wan Mohamed, Ahli Majlis, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Turut hadir YH. Tok Muda Dato’ Dr Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Mualaf, YBhg. Dr. Haji Azmi bin Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, YBhg. Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad, Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur.
Diharapkan hasil bengkel ini dapat diterjemahkan melalui pelaksanaan yang lebih berfokus, berimpak dan berterusan, sekali gus memperkukuh peranan MUIP sebagai institusi agama dan adat yang diyakini serta relevan dalam mendepani cabaran semasa dan masa hadapan.










