Kuantan, 17 Januari 2026 – Majlis sambutan dan penghayatan peristiwa Israk dan Mikraj telah diadakan dengan jayanya.
Majlis diadakan bertempat di Madrasah Al-Alamiah, Taman Astana Permai, Indera Mahkota Kuantan selaku tuan rumah pada program kali ini.
Majlis ini telah menghimpunkan sebanyak 9 buah madrasah dengan jumlah pelajar seramai 120 orang yang terletak di sekitar zon Indera Mahkota dan KOTASAS iaitu :
1. Madrasah Al-Alamiah
2. Maahad Tahfiz Tadabbur
3. Pusat Tahfiz Miftahul Qura’
4. Maahad Tahfiz Al-Faruq
5. Madrasah Tahfiz Raudhatul Iman
6. Tahfiz Indera Mahkota
7. Madrasah Sayyidil Mursalin
8. Maahad Tahfiz Zaid bin Tsabit
9. Maahad Tahfiz Ibtida’ Ad-Diniah
Objektif diadakan majlis ini adalah bagi mengeratkan silaturrahim sesama pelajar dan mengambil pengajaran bersempena dengan peristiwa yang mulia ini.
Majlis dimulakan dengan tausiah Israk Mikraj yang disampaikan oleh Syeikh Jamil Melhi Al-Yamani dan majlis selawat serta bacaan qasidah Imam Busairi dipimpin oleh Syeikh Dhiad Suwaidan dan Syeikh Mustafa Zaidan. Pada penutup program, tausiah khas bertajuk kelebihan dan keutamaan zikir telah disampaikan oleh Tuan Guru Syeikh Aleey Abdul Qodir.
Hadir sama, Tuan Guru Syeikh Abdul Rauf bin Nurin, Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang, Y.Bhg. Ustaz Abdul Salam bin Abdul Ghani mewakili Ikatan Madrasah Pahang IMP , barisan guru dan tetamu jemputan.
#TahfizMadrasahPondok #IsrakMikraj













