Pekan, 10 Februari 2026 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah mengadakan sidang media bagi pengumuman rasmi kadar zakat fitrah Negeri Pahang tahun 1447H / 2026M yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH. Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Hairi bin Haji Hussain.

Kadar zakat fitrah yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang adalah:

Pembayaran zakat fitrah boleh dibuat bermula 1 Ramadan sehingga sebelum solat sunat Aidilfitri melalui amil bertauliah atau secara digital termasuk QR Pay, FPX, kad, Google Pay, Apple Pay serta secara dalam talian di laman rasmi MUIP.

Dalam sidang media yang sama, MUIP turut melancarkan dua inisiatif digital baharu iaitu Sistem e-Derma dan Moh Bersedekah bagi memperkukuh pengurusan sumbangan serta memperluas akses masyarakat kepada amalan kebajikan secara lebih sistematik dan telus.

Selamat menyambut Ramadan dan selamat menunaikan zakat fitrah.

#zakatfitrah #ramadan #muip

Carta Organisasi Majlis
Skip to content