Pekan, 6 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenaan berangkat ke Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Kali Ke-198.
Sebelum mesyuarat dimulakan, Kebawah Duli Paduka Baginda berkenan menyampaikan Titah Diraja sempena Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada kali ini.
Kebawah Duli Paduka Baginda turut menyaksikan upacara mengangkat sumpah Ahli Majlis yang baharu, iaitu YAA. Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, Dato’ Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan dan YH. Dato’ Sri Ahmad Fuaad bin Mohd Kenali.
Paduka Baginda turut berkenan merakamkan penghargaan kepada MUIP yang mencipta sejarah sebagai agensi pertama di negeri Pahang yang meraih pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dalam kategori cemerlang yang mewujudkan suasana kerja lebih kondusif, membudayakan persekitaran yang lebih kreatif dan berinovasi di kalangan kakitangan.
Seusai mesyuarat, Paduka Baginda berkenan ke Majlis Mesra Aidilfitri MUIP dan turut menyampaikan sumbangan kepada para pelajar asnaf dan beramah mesra dengan warga MUIP.
Turut berangkat Timbalan Yang Dipertua MUIP, YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hadir sama, YAB. Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, YB. Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Muhammad Saifuddin bin Hashim Musaimi, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, YH. Profesor Dato’ Dr. Asmadi bin Mohamed Naim, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, YB. Dato’ Indera Haji Fadzilla bin Haji Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Pahang serta Ahli-Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.












