12 JANUARI 2021- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk meneruskan misi bantuan untuk mangsa banjir di beberapa lagi buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Pekan. Setelah hampir 13 buah PPS dilawati oleh Baginda semalam, hari ini Baginda berkenan untuk berangkat ke 8 buah PPS lagi di daerah Pekan antaranya:
1. PPS Balairaya Kg. Gumum
2. PPS Dewan Kg. Mempelas
3. PPS Dewan Komuniti Kg. Salong
4. PPS Dewan Tanah Merah
5. PPS SK Belimbing
6. PPS Bukit Kenau
7. PPS SK Pulau Manis
8. PPS Balairaya Kg. Ganchong Tengah
Keberangkatan Baginda turut diiringi oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YBrs Dr Asmadi bin Abdul Rahman, Adun Bebar, YB Dato’ Mohammad Fakhruddin bin Mohd Arif, Pegawai Daerah Pekan, YH Dato’ Zaliza Bin Zulkipli, Ketua Polis Daerah Pekan, Tuan Mohd Razli Mohd Yusof dan Pengurus MUIP Cawangan Pekan, Ustaz Muhammad Hafidz bin Abdul Halim. Dengan semangat cintakan rakyat, Baginda berkenan menghulurkan sumbangan bantuan zakat bencana kepada mangsa-mangsa serta membantu mengagihkan sumbangan bekalan banjir di PPS-PPS tersebut. Sehingga 11 Januari 2020 sebanyak RM 631,080 agihan zakat bagi bantuan bencana melibatkan 2,999 keluarga mangsa telah berjaya disumbangkan melalui Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Terima kasih buat pembayar zakat di negeri Pahang.
#zakatpahang #terimakasihpembayarzakat