MAJLIS PENGHAYATAN ISRAK & MIKRAJ MADRASAH TAHFIZ ZON INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Kuantan, 17 Januari 2026 – Majlis sambutan dan penghayatan peristiwa Israk dan Mikraj telah diadakan dengan jayanya. Majlis diadakan bertempat di Madrasah Al-Alamiah, Taman Astana Permai, Indera Mahkota Kuantan selaku tuan rumah pada program kali ini. Majlis ini telah menghimpunkan sebanyak 9 buah madrasah dengan jumlah pelajar seramai 120 orang yang terletak di sekitar zon […]
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PEMBIAYAAN ANAK ASNAF CEMERLANG 2025

Kuantan, 17 Januari 2026 – Seramai 40 penuntut asnaf di Pahang menerima bantuan insentif bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Anak Asnaf Cemerlang 2025 berjumlah RM481,232.49. Bantuan diterima daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) itu berdasarkan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) antara 3.00 dan 4.00. Majlis telah […]
BENGKEL PENYASARAN HALA TUJU MUIP 2026

Kuantan, 6 Januari 2026 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menganjurkan Bengkel Penyasaran Hala Tuju MUIP 2026 pada 4 hingga 5 Januari 2026 bertempat di Hotel Grand DarulMakmur, Kuantan. Bengkel selama dua hari ini menjadi wadah penyelarasan pemikiran serta penetapan hala tuju strategik organisasi, melibatkan pengisian merangkumi amanat pengurusan tertinggi […]
‘’PENDAKWAH ADALAH ASET TERPENTING MUIP DAN BARISAN HADAPAN YANG MEMBAWA MESEJ ISLAM KEPADA MASYARAKAT DENGAN PENUH HIKMAH’’

Kuantan, 24 November 2025 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) hari ini telah menganjurkan Majlis Apresiasi Pendakwah 2025 bertempat di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen, pengorbanan dan khidmat bakti para pendakwah yang berkhidmat di seluruh negeri Pahang. Majlis julung kali ini menghimpunkan seramai 300 orang pendakwah, […]
SAMBUTAN HARI INTEGRITI MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG TAHUN 2025 DAN MAJLIS LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH(IBR) BERSAMA ANAK SYARIKAT KUMPULAN

KUANTAN , 18 NOVEMBER 2025 — Sambutan Hari Integriti Peringkat MUIP bagi Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Hotel Grand Darul Makmur. Majlis ini adalah hasil kerjasama erat antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang. Hari Integriti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai nilai-nilai integriti dalam kalangan warga kerja MUIP dan anak […]
PERTANDINGAN KOMPANG GEMA ADAT DAN WARISAN PAHANG 2025 SEMARAKKAN SENI TRADISI MELAYU

Baru-baru ini telah berlangsung Pertandingan Kompang “Gema Adat dan Warisan Negeri Pahang 2025” bertempat di Auditorium JKKN Pahang. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Pahang, serta Persatuan Kompang Pahang. Penganjuran ini bertujuan untuk memperkasakan warisan seni kompang sebagai salah satu […]
MUIP SALUR RM337 RIBU KEPADA 88 ANAK PAHANG YANG AKAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE MESIR, JORDAN DAN MAGHRIBI TAHUN 2025

PEKAN, 08 September 2025 – Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ) mengagihkan sumbangan zakat sebanyak RM 337 ribu kepada 88 orang pelajar Pahang yang akan melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan Dan Maghribi tahun 2025. Sumbangan berupa tajaan tiket penerbangan dan wang tunai berjumlah RM 1,200 seorang telah disampaikan oleh Y.Brs […]
KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG BERKENAN BERANGKAT KE MESYUARAT MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG KALI KE-196

PEKAN, 4 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenaan berangkat ke Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Kali Ke-196. Kebawah Duli Paduka Baginda berkenan menyampaikan Titah Diraja sempena Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang […]
PROGRAM KORBAN PERDANA MUIP 1446H | 2025M

PEKAN, 10 Jun 2025 – MUIP telah mengadakan Program Korban Perdana Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Tahun 2025 dengan kerjasama Badan Kebajikan dan Riadah Kakitangan (BAKRI) MUIP, Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, MUIP Holdings dan Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM). Program korban pada tahun ini melibatkan 8 ekor lembu yang diuruskan […]
MAJLIS APRESIASI LEPASAN MAAHAD TAHFIZ DAN MADRASAH BAGI PEPERIKSAAN (SPM) 2024

KUANTAN, 26 Mei 2025 – Majlis Apresiasi Lepasan Pelajar Maahad Tahfiz dan Madrasah Negeri Pahang telah diadakan dengan jayanya. Majlis yang diadakan ini adalah bagi meraikan para pelajar lepasan daripada maahad tahfiz dan madrasah yang telah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2024 yang lalu menerusi Program Intervensi SPM Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis […]