BENTONG. 7 September 2020 Bersamaan 19 Muharam 1442 Hijrah – Mendekati saudara baharu menerusi pelaksanaan Program Jejak Muallaf Selain Asli merupakan antara objektif program ini dilaksanakan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Sejak mula dilaksanakan di peringkat ibu pejabat bermula sekitar tahun 2016 bagi mendekati saudara baharu khususnya golongan kaum Cina, India dan lain-lain bangsa. Selain itu, program dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat serta menjalinkan hubungan kerjasama antara saudara baharu dengan agensi-agensi yang terlibat mengadakan program ini.
Program Jejak Muallaf Selain Asli kali ini menyantuni 10 buah keluarga di sekitar daerah Bentong. Pegawai Dakwah Muallaf, Majlis Ugama Islam Pahang, Yang Berbahagia Ustaz Sh. Mohd Firdaus bin Sh. Othman mengetuai program ini bersama-sama YBhg. Pegawai Dakwah Bentong, Ustaz Muhammad Juhairi Wafi bin Ahmad, kakitangan Unit Dakwah Muallaf serta turut mendapat kerjasama Perkim Pahang.
Program ini dapat menyelami permasalahan mereka, di samping melihat keperluan lain yang layak disantuni. Keluarga yang dikunjungi menerima sumbangan dari pihak Majlis Ugama Islam Pahang berupa wang tunai berserta barangan keperluan asasi.
#muallaf #dakwah_lslam #zakat