PEKAN. 21 Oktober 2020 Bersamaan 4 Rabiulawal 1442 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bercemar duli menyantuni 10 orang mangsa ribut di Kampung Sekukuh Tanjung Agas dan Pasir Panjang.
Baginda berkenan mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa ribut bagi meringankan beban mereka. Selaku Tuanku Yang Dipertua, Majlis Ugma Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, bantuan zakat bencana juga turut dikurniakan.
Mengiringi baginda, Yang Hormat Pegawai Daerah Pekan, Dato’ Zaliza bin Zulkipli dan Yang Hormat Setiausaha MUIP, Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain. Baginda juga berkenan melawat Masjid Kariah Tanjung Agas yang turut terkesan dalam kejadian ribut pada jam 12.30 pagi 20 Oktober lalu.
#bantuanbencana #zakat
Wartawan : Safura
Foto : Hamzi