KUANTAN, 12 November 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenaan berangkat ke Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Kali Ke-193.
Sebelum mesyuarat dimulakan, Kebawah Duli Paduka Baginda berkenan menyampaikan Titah Diraja sempena Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada kali ini.
Kebawah Duli Paduka Baginda turut menyaksikan upacara mengangkat sumpah Ahli Majlis yang baharu, iaitu YH. Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Rashidi bin Bujai dan berkenan menyempurnakan Pengurniaan Penghargaan kepada mantan Ahli Majlis, iaitu YH. Dato’ Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz yang telah memberikan khidmat bakti yang cemerlang sepanjang menjawat jawatan ini.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Dipertua MUIP seterusnya berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ugama Islam Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Kali Ke-193.
Turut berangkat Timbalan Yang Dipertua MUIP, YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hadir sama, YAB. Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Saiful Edris bin Zainuddin, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Asmadi bin Mohamed Naim, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, YB. Dato’ Indera Nazri bin Abu Bakar, Pegawai Kewangan Negeri Pahang serta Ahli-Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.