PEKAN, 4 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenaan berangkat ke Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Kali Ke-196.

Kebawah Duli Paduka Baginda berkenan menyampaikan Titah Diraja sempena Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada kali ini.

Kebawah Duli Paduka Baginda turut menyaksikan upacara mengangkat sumpah dua Ahli Majlis yang baharu, iaitu YH. Dato’ Haji Ahmad Khirrizal bin Haji Ab Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan YH. Dato’ Haji Cik Wan Hilmy bin Wan Mohamed.

Turut berangkat Timbalan Yang Dipertua MUIP, YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama, YAB. Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, YB. Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Muhammad Saifuddin bin Hashim Musaimi, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, YH. Profesor Dato’ Dr. Asmadi bin Mohamed Naim, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, YB. Dato’ Indera Haji Fadzilla bin Haji Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Pahang serta Ahli-Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carta Organisasi Majlis
Skip to content