PEKAN 17 Mei 2022- Majlis Ugama Islam dan Adat Resam telah menerima satu kunjungan hormat daripada Bahagian Agihan Jabatan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pada hari ini. Kunjungan yang diketuai oleh YBhg. Encik Mahadi Bin Ali, Ketua Penolong Pengarah bersama YBhg Encik dan Mohd Zailani Bin Hj Yunus, Penolong Pengarah Kanan Unit Pembangunan ICT serta 6 orang daripada ketua-ketua pengurusan jabatan MAINS.
Kehadiran mereka disambut baik oleh YBhg. Encik khairuddin bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengursan dan Dasar) dan Ybrs. Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) serta pengarahpengarah bahagian dan pegawai MUIP. Dalam pertemuan selama kira-kira 3 jam tersebut, pelbagai perkongsian maklumat dapat dikongsi bersama antaranya yang melibatkan informasi berkaitan Sistem Agihan Zakat MUIP bagi penambahbaikan pengurusan Sistem Agihan MAINS sedia ada.
MUIP merakamkan penghargaan kepada MAINS di atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ini dan berharap agar silaturrahim yang telah terjalin ini dapat diteruskan pada masa akan datang.