Kuantan, 17 Januari 2026 – Seramai 40 penuntut asnaf di Pahang menerima bantuan insentif bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Anak Asnaf Cemerlang 2025 berjumlah RM481,232.49.

Bantuan diterima daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) itu berdasarkan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) antara 3.00 dan 4.00.

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Haji Asmadi Bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Baitulmal dan Operasi MUIP.

Bagi Mohamad Armien Shahari, 22, dia tidak menyangka akan menerima bantuan itu selepas menamatkan pengajian peringkat diploma di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS).

“Saya bersyukur dengan bantuan RM20,556.47 diterima. Ini kerana, sebelum ini, saya ragu-ragu sama ada mahu meneruskan pengajian di peringkat ijazah atau mahu bekerja.

Dengan bantuan yang diberikan ini diharapkan anak-anak asnaf cemerlang ini dapat terus melangkah dengan lebih baik dan sekaligus dapat mengeluarkan keluarga dari belengu kemiskinan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carta Organisasi Majlis
Skip to content