PEKAN, 08 September 2025 – Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ) mengagihkan sumbangan zakat sebanyak RM 337 ribu kepada 88 orang pelajar Pahang yang akan melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan Dan Maghribi tahun 2025.

Sumbangan berupa tajaan tiket penerbangan dan wang tunai berjumlah RM 1,200 seorang telah disampaikan oleh Y.Brs Dr. Haji Asmadi Bin Abdul Rahman mewakili Ketua Pegawai Eksekutif MUP.

Majlis yang diadakan di Dewan Syarahan Ibu Pejabat MUIP tersebut melibatkan 40 orang pelajar lepasan Kulliah Al-Lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar Pekan kelolaan Jabatan Agama Islam Pahang , 19 orang pelajar lepasan Kolej Yayasan Pahang Official , 11 orang pelajar lepasan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah – Unipsas ,14 orang pelajar lepasan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang dan 4 orang lepasan Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang akan melanjutkan pengajian pengkhususan bidang agama dan kewangan Islam di negara timur tengah tersebut.

Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman dalam ucapannya menzahirkan ucapan tahniah dan ucapan selamat menuntut ilmu kepada para pelajar yang akan yang dijadual akan berlepas ke negara berkenaan secara berperingkat mulai 12, 23 dan 26 September 2025.

Hadir sama meraikan pada majlis berkenaan ialah Tuan Haji Abdul Razak bin Abu Musa Asyaari, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang, Tuan Haji Mohd Azmi bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat Pahang , Y.Brs. Prof. Madya Dr. Ahmad Effat bin Mokhtar, Timbalan Naib Canselor UNIPSAS , Ustaz Zaidi Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP, Puan Suzana binti Awang Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Pahang, dif-dif kehormat wakil jabatan serta ibubapa.

MUIP dalam Skim Bantuan Zakat telah menyediakan bantuan penajaan tiket penerbangan, bantuan awal IPT dan bantuan dermasiswa buat anak Pahang yang melanjutkan pengajian ke negara-negara berkenaan.

Adalah diharapkan sumbangan ini dapat memberikan suntikan semangat dan galakan kepada pelajar serta membantu meringankan perbelanjaan ibubapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carta Organisasi Majlis
Skip to content