PEKAN, 7 Februari 2022 : Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada pentadbiran Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP). Delegasi dari UCYP diketuai oleh YH Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji zainuddin, Naib Canselor UCYP, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar & Perhubungan Awam, Asst. Prof. Dr. Azhar Bin Jaafar @ Ramli, Timbalan Naib Canselor Kemajuan & Kualiti Akademik, Asst. Prof. Ts Dr. Hafizan Binti Mat Som dan beberapa lagi delegasi utama daripada pentadbiran UCYP.
Kunjungan tersebut telah disambut baik oleh YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Encik Khairuddin bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Dasar) MUIP, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP serta beberapa pegawai MUIP yang lain. Antara objektif utama kunjungan hormat tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara MUIP dan UCYP. Selain itu, UCYP juga berhasrat untuk meningkatkan kerjasama UCYP-MUIP ke arah membentuk budaya ilmu, adat resam Melayu dan peradaban Islam di negeri Pahang ini.
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Kolej Universiti Yayasan Pahang atas kesudian untuk berkunjung ke MUIP dan berharap agar kerjasama serta hubungan yang baik ini dapat diteruskan dan diperkemas dari semasa ke semasa.