Pengecualian Perakuan Kebenaran Mengajar

Nama Alim Ulama’ / Tokoh Agama Yang Dikecualikan Daripada Keperluan Mendapatkan Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Islam Mengikut Kehendak Kaedah 17 (A) Kaedah-Kaedah Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Islam ( Pahang ) 2017

Tadika Pintar Al-Quran

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang menerusi Unit Pendidikan bertanggungjawab dalam pengurusan 16 buah Tadika Pintar Al-Quran MUIP bagi memberi pendidikan yang eksklusif di peringkat prasekolah dengan mengutamakan Pendidikan Islam serta penekanan bacaan Iqra’ dan al-Quran sebagai teras utama pendidikan. Dengan hasrat dapat melahirkan generasi yang celik al-Quran serta menguasai asas agama serta mata pelajaran akademik yang lain sebelum ke alam persekolahan sebenar.

Silibus

Menggunakan dwi silibus daripada Yayasan Islam Terengganu dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaaan (KSPK) ke arah melahirkan murid yang cemerlang akademik dengan memberi penekanan khusus kepada bacaan Iqra’, al-Quran serta asas fardhu ain. Di antara mata pelajaran yang diajar adalah Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Pendidikan Islam. Murid-murid juga adalah dilatih dengan amali dan praktikal ibadah wajib seperti solat, fardhu ain, hafalan surah pilihan, hafalan doa-doa harian dan sebagainya.

PAKEJ
WAKTU
A
8.00 Pagi – 12.30 tengahari
B
8.00 Pagi – 5.00 Petang
C
3.00 Petang – 5.00 Petang

Subsidi

Majlis Ugama Islam Pahang juga memberi subsidi kepada ibu bapa/penjaga yang kurang berkemampuan iaitu tergolong dalam kalangan asnaf berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan.

Senarai Tadika Pintar Al-Quran

 

Nama Tadika
Alamat
Tadika Pintar Al Quran MUIP Daerah Pekan
Jalan Mahkota, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur
Tadika Pintar Al Quran MUIP Batu Tiga, Daerah Kuantan
Lot PT 124857 (A), Batu 3 Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tadika Pintar Al Quran MUIP Indera Mahkota, Daerah Kuantan
No. 28, Lorong IM 2/1, Taman Yew Hong, Pasdec Makmur, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tadika Pintar Al Quran MUIP Permatang Badak, Daerah Kuantan
No 5/ 4232, Kg Permatang Badak, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tadika Pintar Al Quran MUIP Kubang Buaya, Daerah Kuantan
4792-4802, Lorong Kubang Buaya 54, Taman Melodies, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tadika Pintar Al-Quran Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom
KM 18, Jalan Kuantan-Pekan, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tadika Pintar Al Quran MUIP Daerah Rompin
No. 1 & 2 Taman Exora Kg Sepakat, 26800 Rompin, Pahang Darul Makmur
Tadika Pintar Al Quran MUIP Rompin 2 (Cawangan KVSAS)
Kolej Vokasional, 1236 Jalan Endau-Rompin, Kg Sepayang, 26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur
Tadika Pintar Al Quran MUIP Daerah Muadzam Shah
Dataran Pulatis, 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
Tadika Pintar Al Quran MUIP Daerah Temerloh
Jalan Merdeka, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur
Tadika Pintar Al Quran MUIP Daerah Lipis
No. 13, Jalan PPBR 2/4, Pusat Pendidikan Bukit Residen, Jalan Bukit Residen, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur
Tadika Pintar Al Quran MUIP Daerah Maran
Jalan Masjid Lama, 26500 Maran, Pahang Darul Makmur
Tadika Pintar Al Quran MUIP Daerah Chenor
No. 34/35 Taman Chenor Impian, 28100 Maran, Pahang Darul Makmur
Tadika Pintar Al Quran MUIP Daerah Bera
23 & 25, Jalan 2, Taman Cempaka Murni, 28200 Bera, Pahang Darul Makmur
Tadika Pintar Al Quran MUIP Daerah Bentong
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Ah Peng, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur
Tadika Pintar Al Quran MUIP Daerah Jerantut
Taman LKNP, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur
Tadika Pintar Al Quran MUIP Daerah Raub
No. 5 Taman Abu Bakar, 27600 Raub, Pahang Darul Makmur
Tadika Pintar Al Quran MUIP Daerah Cameron Highlands
Kampung Taman Sedia Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur
Carta Organisasi Majlis
Skip to content