PEKAN, 10 Jun 2025 – MUIP telah mengadakan Program Korban Perdana Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Tahun 2025 dengan kerjasama Badan Kebajikan dan Riadah Kakitangan (BAKRI) MUIP, Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, MUIP Holdings dan Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM).

Program korban pada tahun ini melibatkan 8 ekor lembu yang diuruskan secara gotong-royong oleh seluruh kakitangan MUIP dan anak-anak syarikat MUIP yang terlibat.

Program ini turut dimeriahkan dengan acara merewang bagi penyediaan jamuan tengahari untuk jemputan dan kakitangan yang hadir.

Majlis Agihan Daging Korban telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Baitulmal dan Operasi MUIP yang melibatkan seramai 150 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf.

Turut hadir, YBhg. Tuan Haji Azmi bin Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, YBrs. Tuan Rizal Haji Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MUIP Holdings, YBhg. Profesor Madya Dr. Amran bin Muhammad, Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM), YBhg. Encik Khairuddin bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Pengurusan dan Dasar MUIP dan YBrs. Encik Mohd Rozaini bin Jumali, Pengerusi Badan Kebajikan dan Riadah Kakitangan (BAKRI) MUIP.

𝙆𝙤𝙧𝙗𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙙𝙖𝙧 𝙞𝙗𝙖𝙙𝙖𝙝, 𝙞𝙖 𝙡𝙖𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝, 𝙥𝙚𝙙𝙪𝙡𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙠𝙤𝙣𝙜𝙨𝙞𝙖𝙣 𝙧𝙚𝙯𝙚𝙠𝙞

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carta Organisasi Majlis
Skip to content