JUMAAT, 30 APRIL 2021: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menghulurkan sumbangan berupa wang ringgit kepada para asnaf seusai menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.
Keprihatinan Kebawah Duli Tuanku dapat disaksikan ketika Baginda berkenan meluangkan sedikit masa dan bertanya khabar kepada asnaf-asnaf tersebut. Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan kesusahan para asnaf di bulan Ramadhan pada tahun ini.