RAUB. 4 Januari 2020 Bersamaan 20 Jamadilawal 1442 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bercemar duli berangkat melawat 20 buah pusat pemindahan sementara (PPS) bencana banjir di daerah ini.
Keberangkatan baginda diiringi bersama YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, YH Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain dan YH Pegawai Daerah Raub, Dato’ Mohammad Shahid bin Ismail.
Baginda menyantuni mangsa-mangsa banjir serta berkenan mengurniakan sumbangan peribadi baginda dan bantuan bencana dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.