MARAN, 4 OGOS 2021: Selaku Yang Dipertua MUIP, sememangnya menjadi rutin bagi KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengambil tahu tentang keadaan para asnaf di sekitar Pahang.
Hari ini, Baginda telah berkenan untuk menyantuni beberapa asnaf di sekitar Kg Luit, Maran. Keprihatinan Baginda yang sentiasa cakna dengan kebajikan para asnaf membuatkan rakyat berasa sentiasa dipayungi dan dilindungi.
Sumbangan tunai peribadi dan zakat beserta barangan keperluan asas telah dikurniakan oleh Baginda bagi meringankan beban para asnaf.
Keberangkatan Baginda turut diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Pegawai Daerah Maran, Ybrs. Tuan Sharudin bin Jali dan Pengurus MUIP Cawangan Maran, Ustaz Mohd Azmi Bin Mat Zain.
Gambar: House of Pahang