KUANTAN, 28 OKTOBER 2021: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menjalankan Mesyuarat Majlis ke-183 di Hotel Grand Darul Makmur.
Mesyuarat yang bersidang pada jam 10.30 pagi telah dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua MUIP, YAM Tengku Panglima Raja Leftenan Kolonel, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sesi mesyuarat pada kali ini telah berlangsung secara atas talian bagi mereka yang jauh dan bersemuka, dalam masa yang sama menjaga pematuhan SOP dalam kalangan ahli-ahli mesyuarat