- Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan Rakyat Negeri Pahang) yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
| Bil. | Jawatan | Taraf Jawatan |
|---|---|---|
| 1. | PEGAWAI TADBIR | Contract Of Service (COS) |
| 2. | PEGAWAI SYARIAH | Contract Of Service (COS) |
| 3. | JURUAUDIT | Contract Of Service (COS) |
| 4. | PENOLONG PEGAWAI TADBIR | Contract Of Service (COS) |
| 5. | PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT | Tetap / Contract Of Service (COS) |
| 6. | PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) | Contract Of Service (COS) |
| 7. | PEMBANTU KHIDMAT AM | Tetap / Contract Of Service (COS) |
- Syarat Umum
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Penaklukan di bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan Dan Kemudahan-Kemudahan :-
- Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.
- Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup (COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
Tarikh :23 Jun 2025