PEJABAT MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG
(MUIP) CAWANGAN MUADZAM SHAH
Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah akan berpindah ke premis baharu seperti ketetapan berikut:
Alamat Baharu:
No. 13 & 16, Jalan Makmur 9,
Presint Niaga Bandar Satelit,
26700 Muadzam Shah, Pahang
Tarikh Berkuat Kuasa:
12 Januari 2026
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang urusan berkaitan adalah dinasihatkan untuk hadir ke alamat baharu mulai tarikh tersebut.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan dengan menghubungi pihak kami di talian 019-914 7235.
Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.
